(Video)Selepas Apple Rakyat Malaysia Dirasuk Pula Dengan Victoria Secret Sehingga Menjerit Jerit

RAKYAT Malaysia sememangnya sangat peka dengan sebarang promosi harga murah.

Apa sahaja barangan, terutama sekali yang berjenama dan ditawarkan pada harga murah pastinya akan menjadi perhatian dan mencetuskan kegilaan.

Jika sebelum ini produk Apple, kali ini pula adalah produk label fesyen, Victoria’s Secret.

Jenama itu yang terkenal dengan pelbagai produk untuk kegunaan wanita, mengadakan promosi selama dua hari untuk produk haruman (body mist) dan losyen.

Difahamkan, kedua-dua produk itu ditawarkan pada harga RM29 berbanding harga asal RM79.

Tidak hairanlah, semua outlet Victoria’s Secret di seluruh negara diserbu kaum Hawa sejak semalam.

Antara yang tular di media sosial adalah klip video yang dirakam di salah sebuah outlet label itu di Kota Kinabalu yang sedikit kecoh.

Gara-gara diserbu terlalu ramai pelanggan, salah satu pintu cermin cawangan itu hampir tercabut.

Tinjauan Astro AWANI di outlet sekitar Kuala Lumpur pula mendapati ada yang terpaksa ditutup sementara waktu kerana kehabisan bekalan.

MINYAK WANGI PUNYE PASAL 👇👇👇Keadaan Tak Terkawal Di KK Sempena Sale Victoria's Secret… 😱😱😱 Sale 79 Jadi 29…Betul org ckp jual barang perempuan ni blh kaya.. Tengok cara depa beli barng 😇

Posted by Saya Orang Johor on Sunday, April 1, 2018

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *