Video- Wanita Nekad Terjun Jambatan Ke-2 Pulau Pinang- Ini Sebabnya

GEORGETOWN: Tindakan pantas seorang polis bantuan berjaya menyelamatkan seorang wanita berusia 28 tahun yang nekad terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Jurucakap bomba berkata, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.13 pagi Rabu memaklumkan mengenai insiden itu yang berlaku di KM9.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Anggota bomba dari Sungai Bakap dan Bayan Baru dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya.

Operasi menyelamat itu turut disertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Polis Marin.

Rakaman video usaha menyelamat wanita tersebut turut tular di media sosial.

GEORGE TOWN: Seorang wanita yang terjun dari jambatan ke-2 Pulau Pinang pagi tadi diselamatkan oleh seorang polis bantuan yang terjun untuk menyelamatkannya, dan mereka kemudian diselamatkan oleh beberapa nelayan yang melalui kawasan kejadian.

Dalam kejadian jam 11.13 pagi itu, wanita terbabit memberhentikan keretanya, Toyota Avanza di KM9.9 jambatan tersebut. Dia dilihat berdiri di belebas lalu terjun ke laut.

Seorang polis bantuan yang ditugaskan di jambatan itu kemudian terjun untuk menyelamatkan wanita itu. Menurut polis, lelaki dan wanita itu berada di dalam air selama 20 minit, sebelum beberapa nelayan tiba dengan bot.

Kejadian itu dirakamkan oleh salah seorang nelayan terlibat.

Wanita itu kemudian dibawa ke jeti berhampiran di mana dia diberi perhatian segera oleh pasukan paramedik bomba dan penyelamat.

Menurut pegawai Bomba Pulau Pinang, wanita itu dalam keadaan stabil dan akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Batu Kawan 1030/18Tarikh/Masa: 18/04/2018Budak Melayu terjun Jambatan tapi takdan nak mati sebab belum…

Posted by Kami Geng Penang on Wednesday, April 18, 2018

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *