(Video) Terkini- Pelajar Perempuan Bertudung Labuh Disyaki Meminum Air Ketum- Allahu

KOTA BHARU: Polis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) memulakan siasatan ke atas penyebaran gambar dan video pelajar yang didakwa meminum cecair disyaki air ketum, bermula hari ini.

Gambar pelajar perempuan mula viral pagi tadi menerusi akaun seorang individu di Facebook yang mendakwa kes seorang gadis meminum cecair disyaki air ketum itu berlaku di Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Superintendan Mit Emong, berkata pihaknya akan melakukan pemantauan termasuk menerusi Pegawai Perhubungan Polis (PPS) di sekolah di negeri ini.

Setakat ini, katanya, pihaknya belum menerima sebarang maklumat berkaitan kes itu tetapi akan bekerjasama dengan JPN.

Kami akan menyiasat lebih lanjut untuk memastikan sama ada minuman itu adalah air ketum atau sebaliknya bagi menentukan kesahihannya,” katanya ketika dihubungi di sini bagi mengulas laporan berkaitan viral itu.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Muhammad Zahari Othman, berkata setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung viral itu sama ada membabitkan murid atau pelajar.

Katanya, mesyuarat juga sudah diadakan selepas mendapat tahu ia viral di laman sosial pada jam 11 pagi dan pihaknya sudah mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah mengadakan siasatan.

Sekiranya ada, kita akan ‘turun padang’ ke lokasi yang dikenal pasti,” katanya.

Pelajar perempuan bawah umur minum ketum?apa nak jadi la dgn bdk skrg..

Posted by Kaki Komen on Sunday, April 1, 2018

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *