Video- Perempuan Ini Ditahan Polis Selepas Buli Lelaki Oku Dengan Londeh Seluar Dan Bakar Punggung

Tular di media sosial video seorang lelaki orang kelainan upaya dianiaya sekumpulan remaja sehingga menjadi kecaman netizen.

Menerusi video berdurasi 9 saat itu, lelaki yang dikenali sebagai Pok Ya itu telah diikat kedua-dua belah tanggannya manakala seluar yang dipakainya telah dilondehkan.

Kemudian datang seorang remaja lelaki telah mencucuh punggung Pok Ya sehingga dia mengaduh kesakitan. Pok Ya sempat merayu kepada remaja-remaja terbabit supaya dilepaskan tetapi tidak diendahkan.

Sementara itu, satu laporan polis telah dibuat oleh orang awamberhubung kejadian tersebut bagi meminta pihak polis menangkap remaja yang kurang ajar itu.

Netizen yang melihat video tersebut telah mengecam tindakan tersebut dan berharap agar pihak polis dapat menangkap remaja yang terlibat secepat mungkin.

Susulan laporan polis seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dianiaya sekumpulan remaja, pihak polis telah menahan dua remaja perempuan berusia 17 tahun yang berasal dari Hulu Terengganu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, pihaknya kini sedang menyiasat motif sebenar kumpulan remaja terbabit berbuat demikian kepada mangsa.

“Kita turut merampas semua telefon bimbit bagi mencari individu yang merakam video itu dan individu lain yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Selain itu, kita turut membuat permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuat pengesahan video yang ditularkan,” katanya.

Dalam kejadian di kawasan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, 4 pagi semalam, lelaki OKU yang dikenali sebagai ‘Pok Ya Cong Codei’ dipaksa berbogel oleh sekumpulan remaja selain tangannya turut diikat ke belakang.

Kumpulan berkenaan turut mempersendakan ‘Pok Ya’ sambil dikatakan cuba membakar punggungnya dengan mancis.

Difahamkan, sebelum ini, ‘Pok Ya Cong Codei’ sering menghiburkan pengunjung Pantai Batu Buruk sebagai seorang pemuzik jalanan dan kebiasaannya orang ramai akan memberi upah RM2.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *