Video- Netizen Terkejut Bila Mengetahui Mawi Dan Ds Rosmah Pernah Berduet Dengan Lagu Yang Begitu Popular. Inilah Lagunya

Sejak bermulanya pemeritahan baru di Malaysia, pelbagai isu hangat telah cuba dibangkitkan oleh orang ramai. Cerita lama pun disensasikan semula! Muzik video lagu Lara Jiwa nyanyian bersama Datin Seri Rosmah Mansor dan Mawi kembali tular dalam beberapa hari ini.

Menurut laporan dari Harian Metro, hal ini turut disedari oleh Mawi dan dia akui sangat terkejut. Memandangkan Rosmah adalah isteri kepada bekas Perdana Menteri, namun dia tidak mahu perkara itu dipolitikkan kerana lagu itu dirakam sudah lama iaitu pada tahun 2005.

PENYANYI, Mawi terkejut apabila muzik video lagu Lara Jiwa nyanyian bersama Datin Seri Rosmah Mansor tular sejak kelmarin.

Mawi atau Asmawi Ani, 37, bagaimanapun tidak mahu perkara itu dipolitikkan kerana lagu itu dirakam pada 2005 iaitu selepas dia menjuarai program Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).

Saya faham negara kita baru selesai Pilihan Raya Umum ke-14. Jadi apa saja yang membabitkan artis terutama bersangkut paut dengan pemimpin terdahulu, netizen akan cari semula termasuklah lagu ini.

Saya tidak ada masalah lagu ini ditularkan semula, cuma janganlah dipolitikkan atau disalah anggap. Kalau boleh jangan timbulkan cerita buruk. Bagi saya, kita patut lebih bersederhana.

Lagi pula, saya sebagai penyanyi dan punca pendapatan dalam bidang ini. Menerusi lagu ini, kali pertama saya bekerjasama dengan orang kenamaan selepas habis AF3,” katanya kepada Harian Metro.

Mawi yang juga pelakon filem Jin Notti menafikan dirinya mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana pihak seperti didakwa segelintir pihak.

Mungkin ramai tidak tahu, lagu ini dirakam bagi menjayakan Tabung Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah. Lagu ini dijadikan lagu tema kempen berkenaan. Ia sesuatu yang bagus.

Namun, apabila ada pihak menuduh dan mempolitikkan perkara ini, bagi saya ia tidak patut. Dalam masa sama, mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

“Apa ingin dikatakan, jangan sekali pernah lupakan kebaikan seseorang kepada kita,” katanya.

SUMBER : HMETRO ONLINE via buletin netizen

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *