Video- Berkat ketabahan seorang isteri, suami kini kian pulih

BESUT – Mungkin ramai netizen pernah sebak mengikuti kisah menyayat hati pasangan suami isteri ini yang sanggup hidup bersama walau dalam keadaan susah sehingga terpaksa menjual kereta sendiri untuk meneruskan hidup.

Terbaharu menurut sumber, difahamkan suami kepada wanita yang dikenali sebagai Siti Rohayu itu dikatakan semakin beransur pulih daripada koma akibat kemalangan jalan raya sekitar tahun lepas.

Menerusi sebuah video yang sedang tular di media sosial itu, jelas menyaksikan suami wanita tersebut sudah mula menunjukkan perkembangan positif apabila mampu memberi reaksi kepada isterinya.

Selain itu, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Ridhwan tersebut juga jelas menunjukkan kemajuan apabila sudah mula mampu memberi respons ketika disapa oleh isterinya.

Layan aby petang2..semoga aby bertambah baik,syg tahu kekuatan aby terletak pada syg..pada cinta kita,wlaupun aby belum…

Posted by ‎احمد كريم‎ on Wednesday, January 17, 2018

Rakaman video itu telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata memuji ketabahan wanita itu, bahkan ada juga yang mendoakan agar lelaki itu diberi kesembuhan dengan segera.

Kisah keutuhan cinta antara suami dan isteri ini ternyata membuka banyak mata masyarakat. Kami doakan semoga suami wanita ini cepat sembuh dan dapat pulih sepenuhnya. Insya-Allah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *