Ustad Auni Dakwa Dr Amalina Bakri Adalah Melayu Yang dirosakkan Yahudi

Ustad Auni Dakwa Dr Amalina Bakri Adalah Melayu Yang dirosakkan Yahudi|Dr Amalina Bakri boleh dijadikan ikon wanita berjaya kebanggaan Malaysia. Pernah menggegarkan negara dengan kecemerlangannya dalam SPM 2004, dia kini menyumbang bakti sebagai doktor bedah di Kota London, United Kingdom.

Disebalik pencapaiannya itu, masih ada yang masih memberi label negatif kepadanya. Tambah parah, tuduhan tidak berasas itu dari seorang bergelar ustaz!

Seorang netizen mengatakan dia ada menonton video ceramah seorang penceramah, Ustaz Auni di Facebook. ustaz berkenaan yang popular dengan pembongkaran teori konspirasi ada menyebut nama Dr Amalina sebagai salah satu ‘mangsa’ yang ‘dilingkupkan’.

Selain Amalina yang dikatakan bertukar menjadi kaki sosial di luar negara, nama-nama genius tempatan seperti Sufiah Yusof, Adi Putra dan Ainan Celeste Hawley turut disebut oleh ustaz itu. Hanya Adi Putra yang masih tidak ‘lingkup’ berbanding Sufiah yang dilaporkan menjadi pekerja seks manakala Ainan terperangkap dengan najis dadah.

Masih chill dengan tohmahan itu, Amalina tidak ambil kisah dan menikmati minuman coklat panas kerana kedinginan cuaca di London. Siap perli lagi minuman itu sebagai agenda Freemason juga.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *