Tun M Mahu Lelaki Yang Mengkritiknya Dibebaskan- Tidak Setuju Dengan Penahanan Itu

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan penahanan seorang lelaki yang didakwa telah mengkritiknya.

Susulan itu juga, beliau mengarahkan pihak polis untuk mengkaji tindakan yang telah diambil itu.

Saya tak bersetuju tindakan diambil kepada mereka yang mengkritik saya. Saya sudah maklumkan kepada pihak polis berkenaan ini. Undang-undang ini akan dikaji apabila parlimen bersidang kelak,” ciapnya di Twitter.

Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi menerusi Facebook, pada Khamis berkata suspek ditangkap berikutan laporan polis oleh beberapa NGO yang tidak berpuas hati dengan “penghinaan keterlaluan terhadap Mahathir dan agama Islam”.Bagaimanapun NGO berkenaan tidak dinamakan.

Suspek ditahan reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dipercayai, penahanan ini adalah yang pertama sejak pentadbiran negara diambil alih Pakatan Harapan (PH).

Pelbagai pihak, termasuk peguam dan ahli politik membidas tindakan pihak polis itu kerana kerajaan PH tidak berhasrat mencetuskan budaya ketakutan dalam kalangan masyarakat.

sumber:mstaronline

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *