Tips Untuk Melepasi “Roadblock” Dengan Mudah Dan Cepat

Ramai yang cuak dan menggelabah kalau nampak ‘roadblock’ secara mengejut depan mata betul tak?

Kalau anda tak buat salah, buat apa nak takut? Jangan risau, pihak polis tak akan saman atau tahan kita kalau tiada kesalahan kita lakukan. Tapi, disini ada tips sikit nak kongsi kepada anda semua supaya bersedia sentiasa ketika berhadapan dengan ‘roadblock ini’.

Kalau dah nampak roadblock, jangan segan silu, nak taknak kena lah lalu jugak, kalau lari kan dah malang kalau kena kejar, kereta polis laju, jangan main-main.

Sebelum melalui roadblock korang dah kena sediakan semua dokumen penting seperti IC dan juga lesen memandu

Kalau waktu malam, buka lampu dalam siap-siap

Turunkan tingkap

Senyum dan bagi lah salam terus bagi umat islam tu, ucap selamat malam bagi yang bukan islam.

Terus tunjukkan dokumen-dokumen tadi walaupun tak minta

Dah selesai dan disuruh jalan, ucaplah terima kasih dalam keadaan masih tersenyum.

Bukankah elok macam tu, kesimpulannya “Senyum, tak perlu kata apa-apa”.

Image result for roadblock malaysia

Jadilah pengguna jalan raya yang bijak, patuhilah undang-undang demi keselamatan kita juga. Buat apa nak susah-susah keluarkan duit semata-mata untuk bayar saman sedangkan kita boleh elak semua tu. ya tak? renung-renungkan lah.

Sumber : Himpunan Cerita Lawak

ARTIKEL BERKAITAN

Polis Bantuan diingat patuhi etika

JOHOR BAHRU – Polis bantuan diingatkan supaya mematuhi etika kerja dan menjaga penampilan diri demi menjaga imej organisasi dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, etika kerja dan penampilan diri merupakan aspek yang perlu diberi penekanan oleh polis bantuan kerana mereka menjadi perhatian pihak berkepentingan.

“Pemakaian uniform yang kemas, komunikasi yang bersopan santun dan berhemah merupakan budaya yang sangat dituntut dalam PDRM dan ia mesti menjadi satu ciri utama disipilin semua anggota polis bantuan.

“Polis bantuan diperhatikan semua pihak dan segala tingkah laku sama ada baik atau buruk boleh menjadi bualan orang ramai atau cepat menjadi ‘viral’,” kata Acryl.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis penyerahan sijil kelulusan penubuhan polis bantuan kepada Themed Attractions Sdn Bhd, Astaka Padu Sdn Bhd, MB Builders Sdn Bhd dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Acryl merakam ucapan tahniah kepada empat agensi berkenaan atas kelulusan penubuhan polis bantuan sekali gus menjadi penanda aras kepada syarikat lain dalam menyediakan persekitaran selamat kepada pekerja dan komuniti. – Bernama

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *