(Terpana) Polis Melihat Sesuatu Selepas GRO Yang Mahu Ditangkapnya Memanjat Tangki Tandas

AKIBAT termakan janji kosong oleh ejen pekerjaan haram, sekumpulan pendatang asing tanpa izin (Pati) terpaksa dilonggokkan di satu-satu kawasan sementara menunggu panggilan kerja.Video diakhir artikel.SERAMAI 17 orang ditahan menerusi Ops Noda yang dijalankan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di tiga lokasi sekitar Petaling Jaya, malam tadi.

Mereka yang ditahan dalam operasi bermula kira-kira jam 10.30 malam itu terdiri 11 wanita warga asing masing-masing sembilan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan tukang urut (2), tiga lelaki tempatan bekerja sebagai penjaga, seorang lelaki tempatan serta dua lelaki warga Bangladesh yang bekerja di premis yang diserbu.

Serbuan pertama di sebuah kelab beroperasi tanpa lesen di Pusat Bandar Damansara, Petaling Jaya, polis menahan seorang lelaki tempatan bekerja sebagai penjaga selain merampas wang tunai RM600 serta barangan seperti pembesar suara, mikrofon, bola dan kayu snuker yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Tempat Hiburan (EHDTTH) 1995.

Dalam serbuan kedua di kelab di Damansara Perdana, polis menahan lima wanita warga Indonesia, empat wanita warga Thailand bekerja sebagai GRO, dua lelaki tempatan bekerja sebagai penjaga dan seorang lagi lelaki tempatan yang berada premis ketika serbuan.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 39B Akta Imigresen selain turut dirampas adalah wang tunai RM757, sebuah buku jadual kerja serta empat keping bil tunai.

Manakala dalam serbuan ketiga di sebuah premis urutan di Damansara Perdana, polis menahan dua wanita warga China bekerja sebagai tukang urut serta dua lelaki warga Bangladesh yang bekerja di premis itu.

Keempat-empatnya ditahan mengikut Seksyen 55B Akta imigresen dan Seksyen 39B Peraturan Imigresen.

Ada antara mereka terpaksa mencari pekerjaan sendiri termasuk bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) bagi menampung perbelanjaan harian.

Menerusi operasi Jabatan Imigresen Putrajaya di Seri Kembangan dan Bandar Puteri Puchong, seramai 149 warga asing dicekup termasuk 29 daripadanya adalah wanita.

Aktif jual sundal murah dari Vietnam dan Thailand. Itu antara kegiatan maksiat dikesan dilakukan beberapa pemilik premis hiburan sekitar Lembah Klang.

Kebanyakan wanita warga asing itu dijadikan pelaris bagi menarik perhatian lelaki tempatan berkunjung ke pusat hiburan terbabit.

Kegiatan itu dibongkar selepas lapan premis hiburan yang disyaki menjalankan aktiviti maksiat di Puchong, Subang Jaya, Petaling Jaya, Selayang dan Kuala Selangor di gempur malam kelmarin.

Ops Noda yang dijalankan serentak bermula jam 9.30 malam itu menahan 42 wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO), tujuh penjaga premis dan dua pelanggan lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, serbuan dilakukan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Serbuan pertama dilakukan di sebuah pusat hiburan berhampiran Pusat Bandar Puchong menahan seorang lelaki tempatan disyaki penjaga, 18 wanita warga Vietnam dan tiga wanita warga Thailand disyaki GRO.

Serbuan kedua pula dilakukan di USJ1, Subang Jaya diikuti pusat hiburan berhampiran Medan Niaga, Kuala Selangor. Hasilnya polis menahan seorang penjaga lelaki tempatan, enam wanita Vietnam dan seorang wanita warga Indonesia,” katanya.

Beliau berkata, di Gombak, pihaknya menyerbu tiga pusat urut berhampiran Taman Selayang Jaya.

Hasilnya polis menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga Indonesia dipercayai penjaga, tujuh wanita Thailand, dua wanita Indonesia, seorang wanita warga China bersama dua pelanggan lelaki warga Bangladesh.

Manakala di Petaling Jaya, dua pusat urut di Kota Damansara diserbu. Kami menahan seorang lelaki tempatan yang menjadi penjaga premis bersama seorang pelayan wanita warga Thailand dan empat wanita Kemboja,” katanya.

Kami turut merampas pelbagai peralatan audio, tuala, minyak urut, tisu dan resit perniagaan selain wang tunai RM1,366. Semua yang ditahan dibawa ke balai polis terdekat untuk siasatan lanjut.

GRO dan penjaga akan disiasat mengikut Seksyen 55B, 39b dan 15(4) Akta Imigresen serta Seksyen 6(1)(c) Peraturan Imigresen,” katanya.

sumber: http://ikisahbenar.pw/2018/02/gro-panjat-tangki/

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *