Terpana Penduduk kampung Apabila Menangkap Pemuda Yang Sedang “Bermesra” Dengan Kambing

ABUJA – Seorang pemuda dihalau dari kampungnya selepas ditangkap jiran kerana ‘merogol’ seekor kambing betina.

Insiden jelik itu berlaku di sebuah perkampungan di Ugo, Nigeria, baru-baru ini.

Saksi yang juga jiran kepada pemuda dikenali sebagai Shina Rambo itu memberitahu, dia terdengar suara pelik dari arah bilik lelaki berkenaan.

Katanya, curiga dengan bunyi tersebut, dia dan beberapa rakan lain bertindak memecahkan pintu bilik

Shina dan mendapati dia sedang ‘beraksi’ dengan kambing yang sedang bunting itu.

Shina kemudian dibelasah dan diarak keliling kampung sambil diperhati penduduk yang ketawa dan mengejeknya sebelum diserahkan kepada polis.

Akibat tindakan pemuda tersebut, ibu-bapanya terkena tempias dan turut diminta meninggalkan kampung terbabit.

Dia memang lelaki miang dan ini bukan kali pertama dia melakukannya.

Sebelum ini dia kantoi di Ogba dan Ibieguai serta dihalau dari komunitinya.

“Ibu dan bapanya orang yang baik, tapi kelakuan anak mereka sangat memalukan.

Jadi mereka juga harus meninggalkan kampung ini,” kata wakil kampung berkenaan. – The Sun

 

Lelaki rogol kambing, ayam dan lembu kerana cinta ditolak

KENYA: Hanya kerana cintanya ditolak, seorang lelaki menjadi hilang pertimbangan apabila merogol kambing yang dibela oleh keluarga wanita pujaan hatinya itu yang merupakan jirannya sendiri.

Gabrielle Simiyu 26 tahun hampir dihakimi oleh orang awam setelah “ditangkap basah” merogol kambing betina milik jirannya.

Richard Wanyonyi si pemilik kambing berkata, dia mendengar suara kambingnya bising pada tengah malam pada Selasa.

Pelik dengan suara yang luar biasa itu, dia kemudian memutuskan untuk memeriksa keadaan kandang kambingnya.

Apa yang dia temui adalah sangat memeranjatkan, iaitu lelaki berusia 26 tahun itu sedang asyik bermadu kasih dengan salah seekor kambing betinanya.

Ketika hendak ditangkap, Gabrielle Simiyu telah melarikan diri dan meninggalkan sebelah seliparnya.

Pada keesokan harinya, dia mencari pemilik selipar tersebut. Ketika ditanya kepada ibu suspek, ibunya mengatakan bahawa selipar itu milik anak lelakinya.

Tidak menunggu lama, Richard memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung dan menangkap Simiyu dan menggantungnya dipohon sebatang pokok dengan posisi terbalik sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Simiyu sendiri mengaku segala perbuatannya dan minta dimaafkan.

Menurutnya dia melakukan semua itu kerana sakit hati kepada anak gadis jiran yang menolak cintanya.

Bagaimana pun orang awam meminta pihak polis memberikan hukuman yang setimpal kepada Siminyu kerana sebelumnya lelaki berkenaan pernah ditangkap merogol lembu dan ayam milik orang kampung. Sumber: Blog Wartawan Jalanan

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *