(Terkini)Ibu Dan Anak Rentung Bersama.

IBU dan anak lelaki rentung selepas rumah mereka di Taman Bosoi, Perumahan Kalang, Tenom, terbakar kira-kira 2 pagi Sabtu.

Mayat Wong Siu Mei, 46, dan anaknya, Wong Ka Seng, 8, ditemui di bilik tidur atas rumah teras berkenaan.

Dalam kejadian itu, suami mangsa berusia 48 tahun yang berjaya menyelamatkan diri melecur di badan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.35 pagi.

Katanya, sebaik tiba, api sudah membakar hampir 50 peratus rumah berkenaan dan operasi pemadaman segera dilakukan.

“Api berjaya dikawal pada 3.10 pagi. Operasi tamat sepenuhnya pada 5.15 pagi.

Suami mangsa melecur hampir 27 peratus di badan dihantar ke Hospital Tenom untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan bahagian Forensik JBPM.

ARTIKEL BERKAITAN

Takdir maut bersama

Keningau: Dua remaja ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Batu 27, Jalan Keningau-Tenom, di sini, awal pagi ini.

Vanessa Sim Suk Ling, 15, dan Jaslina Sim Suk Fah, 12, ditemui pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kejadian kira-kira 1 pagi.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Khatizah Rahaban, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.13 pagi.

“Sepasukan 11 pegawai dan anggota JBPM bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan pemadaman api.

“Sebaik keadaan terkawal sepenuhnya, anggota bertugas menemui dua mayat dipercayai terperangkap akibat asap tebal,” katanya.

Khatizah berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk bedah siasat manakala pihaknya masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *