Terkini- Tarikh Penting PRU-14 Diumumkan, Sebab Hari Mengundi Jatuh Hari Rabu Didedahkan

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akhirnya terjawab.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengadakan mesyuarat khas pada jam 10 pagi Selasa menetapkan bahawa PRU14 akan diadakan pada 9 Mei (Rabu).

Dalam sidang media khas yang diadakan selepas mesyuarat tersebut, SPR turut mengumumkan tarikh penamaan calon yang ditetapkan pada 28 April (Sabtu) dan tarikh pengundian awal pada 5 Mei (Sabtu).

Mesyuarat khas itu dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang turut membincangkan daftar pemilih yang digunakan dalam PRU14 dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa Sabtu (7 April) bagi memberi laluan kepada PRU14.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa pada Sabtu bagi membuka laluan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan.

Pengumuman itu dibuat selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, pagi Jumaat, yang mana pengumuman kali ini sedikit berbeza apabila pembubaran Parlimen akan berkuat kuasa sehari selepas pengumuman pembubaran dibuat.

Saya ingin memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya telah pun menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenan supaya Parlimen ke-13 dibubarkan pada hari Sabtu, 7 April 2018.

“Sehubungan itu, selaras dengan peruntukan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, baginda telah pun memperkenankan bagi Parlimen ke-13 dibubarkan pada Sabtu,” katanya beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dan disiarkan secara langsung di televisyen dan Facebook rasmi Najib jam 12.02 tengah hari Jumaat.

Najib diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan anggota jemaah menteri.

Najib memulakan pengumuman khas itu dengan mengimbas cabaran dan kejayaan-kejayaan yang dicatatkan negara sepanjang tampuk pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinannya.

Susulan pembubaran, Najib menasihati semua Ketua Menteri dan Menteri Besar kecuali Sarawak, menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Langkah itu bagi memberi laluan supaya pilihan raya negeri (PRN) dan PRU dapat diadakan serentak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sarawak terkecuali daripada mengadakan PRN kerana baru sahaja diadakan pada 7 Mei pada 2017.

Menurut Najib, pembubaran tersebut menzahirkan komitmen kerajaan BN terhadap proses demokrasi berparlimen dengan membolehkan PRU14 diadakan.

“Saya amat berharap pilihan raya kali ini tidak kira apa juga fahaman dan lambang politik akan dapat kita sama-sama langsungkan dengan baik, teratur, penuh hemah dan lancar,” tambahnya.

Mandat kerajaan BN akan tamat pada 24 Jun 2018. Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, dari tarikh pembubaran Parlimen.

Semasa PRU13 yang diadakan pada 5 Mei 2013, BN telah memenangi 133 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, manakala pembangkang di bawah Pakatan Rakyat ketika itu, memenangi 89 kerusi.

Para pemerhati politik meramalkan pilihan raya itu akan diadakan akhir bulan atau awal bulan depan, sebelum umat Islam menunaikan ibadah puasa pada pertengahan Mei.

Sejumlah 14.9 juta pemilih berdaftar layak mengundi berdasarkan kepada Daftar Pemilih Suku Keempat 2017 pada tarikh yang akan ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/04/10/spr-umum-tarikh-pru14/#v56pcSIcSdW3uIkO.99

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *