Terkini- Inilah Kadar Kenaikan Gaji Yang Diumumkan Ds Najib Bagi Penjawat Awam. Banyak Tu

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan kenaikan satu gaji tahunan untuk 1.6 juta penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai nanti.

Mengumumkan berita gembira itu pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16 (Mappa XVI) yang dihadiri kira-kira 10,000 anggota perkhidmatan awam, Najib yang juga menteri kewangan, turut mengumumkan beberapa insentif untuk penjawat awam dan golongan pesara.

Beliau berkata, pemberian kenaikan gaji itu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan serta penat lelah penjawat awam sebagai kawan setia kerajaan dan kenaikan ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.

Ini bermakna penjawat awam mendapat tambahan satu lagi kenaikan gaji tahunan, di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi 2018,” katanya yang disambut sorakan dan tepukan gemuruh penjawat awam sambil berdiri sebagai tanda penghargaan.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Mappa merupakan acara tahunan di mana perdana menteri akan menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan serta syarikat berkaitan kerajaan.

Najib turut mengumumkan kerajaan bersetuju pelaksanaan kenaikan pangkat “time-based” berasaskan kecemerlangan kali ke-2 untuk kumpulan pelaksana dipendekkan dari 13 tahun kepada 10 tahun mulai 1 Januari lalu.

“Ini bagi memberi peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik kepada pegawai dalam kumpulan pelaksana untuk semua perkhidmatan, termasuk pasukan beruniform,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sembilan amanat kepada 10,000 anggota perkhidmatan awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya kelmarin.

Susulan itu, jumlah kenaikan gaji guru dan kakitangan awam ikut tangga gaji adalah seperti berikut:

Kenaikan 1 KGT :

Gred 11 : RM80

Gred 14 : RM90

Gred 16 : RM95

Gred 19 : RM100

Gred 22 : RM115

Gred 24 : RM120

Gred 26 : RM125

Gred 28 : RM130

Gred 29 : RM145

Gred 32 : RM155

Gred 36 : RM180

Gred 38 : RM195

Gred 40 : RM225

Gred 41 : RM225

Gred 44 : RM250

Gred 48 : RM270

Gred 52 : RM290

Gred 54 : RM320

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *