Terkini- Brim Digandakan Sekali Ganda Bagi Semua Penerima- Inilah Jumlahnya

Daruk Seri Najib Tun Razak mengumumkanĀ pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi isi rumah pendapatan RM3,000 dan ke bawah bagi pemberian pada Jun dan Ogos depan akan digandakan dari RM400 ke RM800.

Menurut laporan Bernama, ia diumumkan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada Sabtu malam dalam Manifesto BN bertemakan Bersama BN, Hebatkan Negaraku’ yang dilancarkan belia untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Selain itu, bantuan sekali beri sebanyak RM1,500 akan disalurkan kepada anak-anak penerima BR1M yang mendaftar di pusat pengajian tinggi.

Ini antara janji yang terkandung dalam Manifesto BN yang dilancarkan Najib di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, Sabtu malam.

Dalam dokumen bertemakan ‘Bersama BN Hebatkan Negaraku’ itu, BN juga berjanji akan memastikan tidak ada rakyat yang terabai tanpa sebarang bantuan kerajaan walaupun bukan atas sebab kemiskinan.

Sebanyak tujuh juta orang menerima bantuan BR1M walaupun sebahagiannya bukan berada dalam kategori miskin,” kata manifesto itu.

Bila Pembayaran Duit BRIM 2018 Masuk Akaun.

Tarikh pembayaran BRIM 2018 menjadi topik hangat buat rakyat Malaysia ketika ini kerana ada pihak yang menyebarkan maklumat salah di media sosial mengenai tarikh pembayaran BR1M 2018 dan bila duit BRIM 2018 masuk ke akaun penerima BR1M.

Sebelum ini ada pihak yang menyebarkan maklumat yang tidak sahih bahawa duit BRIM 2018 masuk ke akaun penerima pada tarikh 18 Febrauri 2018. Ternyata maklumat yang tular sebelum ini adalah salah sama sekali.

Pembayaran BR1M 2018 untuk fasa pertama adalalah pada 26 Februari 2018 dan akan diberikan secara berperingkat(tidak semestinya 26.2.2018 sudah masuk akaun).

Jadi, rakyat Malaysia yang berjaya mendapatkan BR1M dinasihatkan untuk menyemak dahulu akaun bank anda masing-masing melalui semakan online bagi mengelakkan kesesakan di mesin ATM.Semakan online boleh dilakukan menggunakan perbankan internet masing-masing sebagai contoh seperti Maybank2u atau CIMB Clicks.

Individu Bujang Dibayar Sekaligus Februari 2018Sebagai maklumat tambahan, pembayaran BR1M 2018 akan dibayar secara berperingkat mengikut kategori yang telah ditetapkan. Untuk kategori individu bujang sahaja dibayar sekaligus pada bulan Februari 2018 ini.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/04/07/manifesto-bn-br1m/#54r0CAgBrGzLGgQG.99

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *