Terkini- Ayah maut, dua anak parah

AYAH maut manakala dua anaknya parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer, 73.5 Jalan Jerangau-Jabur Persimpangan Lay Bay, Bukit Besi, hari ini.

Dalam kemalangan, 3.30 petang ini, Azmi Mohamed Noor, 49, meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua anaknya, Nur Fatihah Husna Azmi, 14, dan Mohd Nazrulhaq Azmi, 13, parah dan dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Azmi dari arah Dungun terbabas selepas membelok masuk ke simpang kiri untuk pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Besi.

Berikutan itu, kereta mangsa memasuki kanan jalan dan melepasi pembahagi jalan sebelum dirempuh treler muatan minyak dari arah bertentangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah AMBS, Jaswari Awang berkata, Bomba menerima panggilan pada 3.40 petang dan bergegas ke lokasi bersama tujuh anggota dengan sebuah jentera.

Menurutnya, pemandu kereta terbabit tersepit di tempat duduk akibat keseluruhan bahagian depan kenderaannya remuk.

Dua anak mangsa ketika itu sudah dikeluarkan orang ramai dan kita mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Jenazah mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, “katanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *