Terbongkar- Kenali Dua Anak Lelaki Saiful Apek Yang Mampu Mengugat Iman Wanita- Sungguh Hensem

Mohd Saiful Azam bin Mohamed Yusoff (lahir 12 Mei 1969) atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek merupakan seorang pelawak,pelakon, penyanyi dan pengacara yang terkenal di Malaysia.

Beliau juga merupakan seorang pelakon yang paling banyak membintangi filem di Malaysia pada waktu ini. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan Senario walaupun telah keluar dari kumpulan tersebut, beliau tetap sering di panggil sebagai tetamu khas di rancangan televisyen Senario.

Anak pertama dari 7 adik beradik.

Kehidupan awal

Saiful Azam dilahirkan di Gombak, Selangor. Pada surat beranak dan kad pengenalannya, tertera tarikh 15 Ogos 1969 tetapi hakikat sebenar, tarikh lahir Saiful adalah 12 Mei 1969.

Kekeliruan yang wujud itu di sebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 apabila dia terpaksa diserahkan kepada satu keluarga lain atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan kemudian baru didaftarkan.

Dia berkahwin dengan Roslina Abu Hassan pada 11 Jun 1994. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Riyadh Aslam, 21, dan Mohd Radzin Aiman, 18.

Sumber gambar sepenuhnya: Instagram.com/radznmnInstagram.com/riyadhaslam

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *