Terbongkar- Inilah Biodata Sebenar Isteri Mark Adam. Tak Sangka Mark Mempuyai Isteri Yang Lawa

KEDATANGAN Syawal memang ditunggu oleh semua umat Islam dan mungkin ada juga yang menganggap ia adalah perkara biasa kerana menyambutnya setiap tahun.

Namun bagi saudara baharu kehadiran Syawal pasti dinanti kerana ingin meraikan kemenangan setelah sebulan belajar berpuasa. Senario itulah yang dilalui oleh Mark Adam sewaktu awal dia memeluk agama Islam, 12 tahun lalu.

Mark atau nama penuhnya Fikri Mark Adam, 35, berkata, kelakar sangat sewaktu awal belajar berpuasa kerana dia seakan tidak boleh berpisah dengan peti sejuk.

“Sebelum memeluk agama Islam, saya selalu terfikir macam mana orang boleh menahan lapar begitu lama. Sedangkan saya dua jam tidak makan pun sudah lapar.

“Bila sudah melalui pengalaman berpuasa baru saya tahu betapa nikmatnya melakukan ibadah itu. Saya paling suka pada waktu berbuka kerana saya suka berbuka dengan ayam percik, kurma dan bubur lambuk,” katanya yang turut menjayakan program raya secara langsung baru-baru ini.

Bercerita lanjut tentang pengalamannya sebagai saudara baharu, kata Mark, sewaktu dia memberitahu hasrat untuk memeluk agama Islam kepada ibu bapanya di Cebu City, Filipina, ibunya menangis.

“Ibu memang menangis kerana dia tidak sangka saya akan bertukar agama daripada agama asal. Saya terpaksa memujuknya dan beritahu walaupun berbeza agama, saya tetap anaknya dan hubungan kami tidak akan putus.

“Berbeza dengan ayah saya, dia cuma kata, adakah saya gembira dengan keputusan yang dibuat dan saya kata ya. Katanya, kalau saya gembira teruskan sahaja kerana dia lebih mengutamakan kegembiraan anaknya,” ceritanya.

Biarpun hidup jauh daripada keluarga, Mark tetap bertuah kerana keluarga mertua amat menyayanginya.

“Saya banyak mendapat tunjuk ajar daripada keluarga mentua dan kalau apa-apa saya diutamakan. Kadang-kadang isteri saya (Norazah Redzuan, 35) cemburu dengan saya sebab ibu bapanya lebihkan saya. Mungkin sebab saya ini orang baharu dan tiada saudara mara di sini, itu yang mereka sayang lebih,” katanya tersenyum.

Jika Mark disayangi oleh keluarga mentua, begitu juga dengan Norazah yang dipanggil Izan oleh Mark.

Cerita Norazah, sejak berkahwin pada 2003, dia sering juga pergi menjenguk keluarga mentuanya di Filipina biarpun tanpa ditemani oleh suami.

“Bapa mentua (mendiang Edmundo) selalu berpesan kepada Mark agar menjaga saya dengan baik dan dari perhatiannya memang nampak dia dapat terima saya di dalam keluarga mereka.

“Bagi saya, biarpun berbeza budaya dan adat, keluarga mertua sentiasa berusaha menjaga peradaban setiap kali saya berkunjung ke sana, terutamanya dalam soal makanan,” jelasnya.

Seorang yang mudah

Menurut Norazah, suaminya adalah seorang yang mudah untuk diurus baik dari segi makanan, pakaian atau pergaulan. Katanya, Mark tidak cerewet dan dia akan makan apa sahaja yang dihidang. Malah suaminya itu pun sukar untuk marah.

“Memandangkan kami berdua, kalau nak masak itu kadang-kadang terasa macam membazir. Selalunya kami makan luar atau tidak pun pergi ke rumah mak saya.

“Adik-beradik saya pula pantang Mark minta nak makan apa sahaja mesti dia orang akan penuhi. Bagi saya dia seorang yang mudah dan tidak banyak kerenah,” jelasnya.

Sebagai isteri kepada penyanyi, Norazah akui dia tidak boleh cemburu kerana tahu suaminya milik masyarakat. Bagaimanapun kata Norazah, dia percaya Mark tahu membezakan antara kerjaya dan peribadi.

“Jika ada yang sering nampak saya bersamanya itu adalah atas permintaan dia. Memang saya ini pengurusnya tetapi tidak semua acara saya ikut.

“Saya tahu dia tidak pernah mengguna statusnya sebagai penyanyi untuk kepentingan peribadi kerana sejak awal pembabitan, dia tidak pernah menyembunyikan statusnya yang sudah berumah tangga,” ceritanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *