Suami Curiga Isteri Selalu Pesan Grab, Setelah Disiasat Rupanya Isterinya?

Pelik isteri selalu pesan Grab,rupa-rupanya…|Pelik isteri selalu pesan Grab,seorang suami yang merupakan anggota polis menangkap isterinya sendiri khalwat dengan pemandu grab di sebuah hotel

Ketika ditangkap,wanita yang sudahpun memiliki tiga orang anak itu,menolak untuk dibawa kebalai bagi ditindak lanjuti,namun dia memberikan kerja sama selepas suaminya datang kelokasi kejadian.

Bagai manapun,wanita yang ditangkap bersama lelaki bukan muhrimnya mengaku tidak berbuat apa-apa dalam bilik hotel berkenan.

Sementara itu petugas yang melakukan tangkapan berkata,mereka menerima maklumat itu daripada suami wanita itu sendiri dan pihaknya memerlukan masa 15 menit sebelum pintu bilik hotel itu di buka.

Kedua suspek kini dalam tahanan pihak polis dan masih dalam siasatan lanjut.

cerita seterusnya..

Tahniah!! Gadis Trivago Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama Comelnya..

DAHLIA menyambut bayi perempuan sulungnya, awal pagi tadi seperti yang dikongsi pada IG Stories yang dimuatnaik Zetty Adila.

KUALA LUMPUR: Seorang lagi personaliti, pengacara televisyen (TV), Dahlia Shazwan melahirkan bayi perempuan sulung di sebuah hospital swasta di sini, awal pagi tadi.

Dahlia atau nama penuhnya, Dahlia Shazwan Mohd Amin, 28, melahirkan bayi seberat 2.7 kilogram pada jam 3.15 pagi.

BH Online difahamkan, wad Dahlia terletak bersebelahan dengan Nora Danish yang turut melahirkan putera sulung hasil perkongsian hidupnya dengan suami, Nedim Nazri pada jam 9.02 pagi tadi.

Gambar Dahlia dan bayinya dikongsi penerbit Syarikat Global Station, Zetty Adila Ramly melalui aplikasi Insta Stories pada Instagram.

Dahlia berkahwin dengan Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.

Artikel Berkaitan

Biodata Beliau

Setiap hari anda pasti boleh melihat susuk tubuh personaliti tinggi lampai iaitu Dahlia Shazwan.

Beliau merupakan salah seorang pengacara televisyen di rangkaian Astro. Sebelum kita lihat Biodata Profil Dahlia Shazwan Awek Iklan Trivago ini, sekarang kita boleh lihat Dahlia Shazwan dalam iklan Trivago dalam pelbagai versi.

Dengan pakej yang cukup sempurna Dahlia Shazwan semakin dikenali menerusi rancangan Hlive di Astro Ria. Dahlia Shazwan merupakan anak jati Kuala Lumpur yang dilahirkan menerusi program realiti On Air pada tahun 2012.

Dahlia Shawzwan telah tersingkir awal pada program tersebut. Namun begitu bukan beerti rezeki beliau dalam bidang penyiaran terhneti di situ. Lihat sahaja apa yang dikecapi oleh beliau sekarang.

Pernah dahulu pada tahun 2013, ada laporan dari MStar Online yang berkaitan dengan mengatakan si Dahlia Shazwan seorang yang sombong.

Jom kita ikuti laporan tersebut. Pengacara baharu Astro, Dahlia Shazwan enggan menyalahkan mana-mana pihak berhubung dakwaan kononnya dia bersikap sombong dan berat mulut.

Laporan tersebut adalah berbunyi seperti ini. Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin, 25, berkata, salah faham itu timbul disebabkan sifat semula jadinya yang tidak pandai bergaul dengan orang yang tidak dikenali.

Sudah banyak kali saya dengar orang kata saya kekwat (sombong) dan tidak mesra dengan orang keliling tetapi saya tidak salahkan orang lain.

“Sebenarnya saya seorang yang pemalu dan tidak pandai sangat berbual dengan orang yang tidak dikenali,” jelasnya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Penyampai berita Gala TV di Astro Awani ini berkata, sebagai orang baharu dalam bidang hiburan dia berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri agar lebih disenangi ramai.

Saya agak kecewa juga dengan tuduhan itu tetapi sama ada suka atau tidak, saya perlu menyesuaikan diri dengan budaya pergaulan dalam industri ini.

“Cuma berilah saya masa untuk baiki kekurangan ini sebab agak susah untuk ubah sikap semulajadi yang berat mulut kepada periang dengan serta-merta,” katanya.

Dahlia berkata, dakwaan itu dianggap sebagai peringatan untuk perkembangan kerjayanya yang baharu bermula. “Saya perlu ubah kekurangan yang ada. Bagi saya kalau tiba-tiba kita bersikap bertentangan dengan sifat semulajadi bukan bermakna kita hipokrit.

Demi kebaikan dan mendatangkan keselesaan semua pihak, tidak salah jika saya ubah sikap,” katanya. Dahlia adalah salah seorang daripada 11 pengacara dan wartawan penyiaran pelapis Astro di bawah bimbingan pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *