Sempena Hari Wanita Sedunia- Inilah Wanita Paling Cantik Di Dunia Dari Filipina- Ini Biodatanya

PELAKON drama Filipina Kapamilya, Liza Soberano menduduki tempat teratas dalam senarai wanita dengan wajah tercantik 2017.

Senarai tersebut, ‘The 100 Most Beautiful Faces 2017’ yang didedahkan oleh Independent Critics yang diketuai pengkritik filem TC Candler mengatakan Soberano mengalahkan lebih 90,000 pelakon dan selebriti wanita lain di seluruh dunia.

Penghormatan kepada Soberano tersebut juga adalah yang pertama diterima oleh seorang warga Filipina semenjak senarai tersebut mula dihasilkan pada 1990.

Pada 2016, Soberano menduduki tempat kedua di belakang pelakon dan model Britain, Jourdan Dunn dan menduduki tempat keenam pada 2015.

Antara individu lain yang termasuk dalam senarai wanita tercantik 2017 adalah Thylane Blondeau (Perancis) dan Emma Watson (Britain)

TC Candler berkata, senarai yang dihasilkan Independent Critics ‘bukan satu pertandingan mengenai populariti’.

Selain itu, senarai berkenaan juga mementingkan ‘kesempurnaan wajah’ sebagai satu-satunya kriteria untuk melayakkan seseorang calon untuk memasuki senarai tersebut.

Biodata

Hope Elizabeth Hanley Soberano[3] atau lebih dikenali sebagai Liza Soberano (lahir 4 Januari 1998)[1] merupakan seorang pelakon wanita FilipinaAmerika. Beliau telah berlakon dalam pelbagai siri televisyen dan filem, termasuk Wansapanataym (2011), Kung Ako’y Iiwan Mo (2012), She’s the One (2013), Must Be… Love (2013). Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Maria Agnes Calay dalam siri televisyen komedi romantik Forevermore (2014–15). Sejak itu, beliau telah mengambil beberapa peranan lakonan dalam filem Just The Way You Are, berdasarkan dari buku Wattpad The Bet, Everyday I Love You (kedua-duanya pada 2015) dan siri televsiyen Dolce Amore (2016).

Beliau dilahirkan pada 4 Januari 1998 sebagai Hope Elizabeth Hanley Soberano di Santa Clara, California, kepada bapanya yang berwarganegara Filipina John Castillo Soberano, dan ibunya yang berwarganegara Amerika Syarikat, Jacqulyn Elizabeth Hanley.[4][5] Beliau dibesarkan di Visalia, California, oleh datuk dan nenek sebelah bapanya selepas ibu bapanya bercerai.[6][7] Pada 2008 pada usia 10 tahun, beliau berpindah ke Manila, Filipina, untuk tinggal bersama bapanya dan saudara maranya.[8]

Soberano menjadi penganut Roman Katolik pada 24 Julai 2015, setelah menjalani upacara permulaan Kristian.[9] Soberano mahu belajar ijazah dalam psikologi sebagai pra-undang[10][11] tetapi disebabkan jadual sibuknya pada masa ini, beliau mempelajari kursus pengurusan perniagaan dalam talian di Southville International School yang bergabung dengan Universiti Asing, tetapi dia berkata beliau masih berminat mengikuti kursus psikologi ketika dia mendapat masa untuk kembali ke sekolah.[12]

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *