Sebenarnya Ada Jalan Lain Ke Sekolah, Tetapi Bapa Ini Sanggup Ambil Risiko Sebabnya?

IBUBAPA KEPADA BUDAK INI DISYAKI DIBAWAH PENGARUH DADAH??

Mohon PDRM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ambil tindakan.

Mak Bapak budak2 ni aku rasa mmg tak layak diberi hak penjagaan anak2 mereka. Sebab anytime saja mereka boleh membahayakan anak2 mereka yg lain.

Bayangkan anak mereka (mangsa) yg masih kecil boleh mereka biarkan meniti jambatan yg hampir runtuh. Si ibu siap boleh rekod video pula. Padahal mereka mempunyai kereta untuk hantar anak ke sekolah.

Mohon badan Kebajikan ambil tindakan dan dapatkan hak penjagaan anak2 pasangan suami isteri ini sehingga dirasakan sesuai utk mereka menjaganya semula.

Pihak polis juga mohon tahan pasangan ini dan urine test sekali. Sebab kemungkinan pasangan ini ada pengaruh dadah Syabu (ais) ataupun Pil Kuda. Sebab penagih dadah jenis ini seringkali suka lakukan perkara2 yg diluar jangkaan serta membahayakan diri dan org lain.

Ini link ke facebook si ibu kepada mangsa tersebut: Siti Zaharah

-Tun Carlos

Jabatan Kebajikan Masyarakat – JKMHQ

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

ARTIKEL BERKAITAN

Nyawa Dihujung Tanduk Kerana Ingin Ke Sekolah

HARI pertama persekolahan hari ini tentunya mencatat pelbagai kenangan manis, khususnya bagi adik-adik yang baru kali pertama menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Namun bagi seorang ibu, Siti Zaharah Othman, dia terpaksa menahan perasaan takut dan gementar melihat anak lelakinya menyeberangi jambatan uzur untuk ke sekolah.

Zaharah berkongsi video ‘perjalanan’ anaknya itu memulakan persekolahan darjah satu yang dipimpin bapanya, Abdul Jalil Sulaiman, untuk melalui jambatan berkenaan, ke akaun Facebook, pagi tadi.

Baru empat jam dimuat naik, angka tontonan sudah mencecah lebih 900,000 dengan majoriti netizen rata-ratanya ‘menahan nafas’ melihat kesukaran yang ditempuh dua beranak itu.

Difahamkan, video itu dirakamkan di Jambatan Gantung Pamah Aur, Bukit Betong, Kuala Lipis.

Anak emak bersemangat dah nak ke sekolah. Tapi kena harungi jambatan yang ‘canggih’ ni.

“Dah setahun, sayang tak ada perubahan langsung,” tulis Siti Zaharah.

Netizen menggesa pihak berwajib agar segera bertindak dan mengambil langkah sewajarnya demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini di masa depan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *