“Saya Tak Reda Ustaz Menilai Iqram Begitu” – Johan As’ari

 

PELAKON Johan As’ari terkilan dengan tindakan seorang penceramah bebas yang secara terbuka menyelar rakan baiknya, Iqram Dinzly berhubung isu memberi gelaran ‘Che Mat’ kepada Nabi Muhammad SAW dalam program hiburan Melodi yang bersiaran secara langsung pada Ahad lalu.

Johan, 33, menerusi Instagram memberitahu sebagai rakan baik, dia tidak reda apabila penceramah bebas itu menuduh Iqram hanya berdasarkan fitnah.

Saya ada terbuka Youtube di mana saya ternampak seorang ustaz (yang saya tidak tahu siapa namanya) menuduh sahabat baik saya, Iqram di mana beliau percayakan satu fitnah (yang saya tahu datang dari mana datang sumber itu).

Saya berharap ustaz terbabit datang berjumpa dengan saya atau saya tak reda ustaz menilai Iqram dengan secara begitu,” katanya.

Dalam pada itu, Johan menerusi kapsyen pada video itu memberitahu tindakan ustaz itu yang menggunakan kata-kata ‘keras’ terhadap Iqram telah menjadi perhatian dan dia berasa sedih dengan cara pemikirannya.

Kata-kata keras ustaz tersebut telah mendapat puluhan ribu tontonan di Youtube yang saya sebagai umat Nabi Muhammad berasa amat bersedih hati dengan cara ustaz tersebut berfikir.

Mufti sendiri beritahu penggunaan istilah ‘Che Mat’ yang digelarkan kepada Baginda Rasulullah adalah satu ‘dosa besar’ malah cara penyampaian mufti cukup lembut dan bersahaja.

Saya percaya abang saya, Iqram jelas akan ketidaksengajaan beliau tersasul kata pada siaran langsung Melodi di TV3 tempoh hari dan telah memohon maaf,” tulisnya.

sumber mstar

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *