Respon Norman Hakim Memang Win, Terima Banyak Lamaran Anak Daranya Dari Netizen

Sejak dari awal minggu ini lagi, gambar-gambar anak dara Norman Hakim, Marissa Dania telah mendapat perhatian netizen di Malaysia.

Rata-ratanya berasa kagum melihat kecantikan Marissa yang sudah berusia 13 tahun yang berkulit putih gebu, bertudung labuh dan pemalu membuatkan ramai yang mahu menjadikan Marissa sebagai isteri.

Berikutan itu, Norman Hakim hari ini telah telah memberitahu di Instagram, semenjak dari awal minggu ini, inbox di IG-nya telah dipenuhi dengan DM daripada orang ramai yang ‘merisik’ dan mahu menjadi ‘imam’ kepada Marissa.

Menurut Norman, beliau bersyukur dengan niat baik orang ramai yang ‘berpusu-pusu’ menghubungi beliau bagi merisik untuk menjadi ‘imam’ kepada anak perempuannya itu.

Tambah Norman lagi, Marissa yang kini baru berusia 13 tahun, jauh lagi perjalanan. Hafazan al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan.

Selain itu, Norman turut meminta ‘calon-calon imam’ supaya meletakkan tanggungjawab pertama sebagai anak lelaki kepada Allah SWT dan ibu bapa mereka sebelum memikirkan hal yang lebih lanjut lagi seperti mahu ‘mendirikan masjid’.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *