Tak sampai hati lihat perkerja bertudung susun arak sebuah syarikat tawar perkerjaan pada mereka

Perkongsian seorang pelanggan yang melihat dua perkerja sedang menyusun minuman keras membuatkan hatinya tersentuh. Mana tidaknya mereka bertudung litup tetapi pasti mereka terpaksa melakukan tugasan yang diberikan kepada mereka.

Mufti wilayah ada memberikan pandangan dalam isu bekerja di kedai 7-Eleven, Speed Mart atau di kedai-kedai lain yang seumpama dengannya dalam penjualan arak. Jika pendapatan yang mereka perolehi ialah daripada hasil jualan barang-barang yang halal dan haram, maka hukumnya adalah tidak haram mengambilnya tetapi makruh.

Sebaliknya, jika pekerja itu terlibat dengan jual beli arak itu contohnya di kaunter, maka hukum perbuatan itu adalah haram sekalipun dengan martabat yang lebih rendah daripada meminumnya. Syeikh Mulla Ali al-Qari dalam al-Mirqah Sharh al-Misykah dalam menghuraikan hadis riba: “Mereka sama dari sudut mendapat dosa tetapi berbeza daripada segi tingkatannya.”

Sebaiknya berusaha dengan sebaik mungkin untuk memisahkan kaunter barangan yang halal dan barangan yang haram, atau mengikut pekerja, dan ini adalah tanggungjawab majikan yang perihatin terhadap kebajikan agama para pekerja Muslim.

Perkongsian seorang pelanggan yang melihat kejadian itu

Singgah beli sedikit barang tadi. Datang sebak bila tengok dua orang adik ni bersungguh-sungguh punggah dan susun arak. Ada customer potong Q, bayar 6 tin arak. Jelas. Beer. Bila customer tu keluar, saya beranikan diri tanya.

“Adik, maaf akak nak tanya. Tak ada staff non-muslim ke kat sini dik? Tak ada kak, Akak sedih lihat adik angkat susun semua tu. Adik tu cuma mampu senyum. Cuma balas “akak perlu plastik ke?”

Dari airmuka, saya yakin dia tahu maksud saya tu. Sebak bukan apa, sempurna aurat mereka berdua, terjaga. Cuma itulah mereka tentu ada sbb tersendiri.

Moga adik berdua dimurahkan rezeki, beroleh kerja yg lebih sesuai. Doakan besar harapan saya, kerajaan “rahmatan lil ‘alamin” boleh berbuat sesuatu yg lebih baik dari sblm ni dlm isu ni.

Setelah posting hamba Allah ini menjadi viral tampil sebuah syarikat milik orang melayu menawarkan dua perkerja wanita ini berkerja dengan syarikat mereka. “kami di Ifmal mengalu-alukan mereka untuk memohon perkerjaan dengan syarikat kami, boleh hubungi kami” kata mereka dalam posting yang dibuat dari halaman Facebook milik syarikat itu.

Semoga mereka diberikan rezeki yang lebih baik dari sekarang serta dipelihara halal dan haram dalam sumber pendapatan mereka yang mungkin digunakan untuk membantu keluarga mereka. Amin