Penuntut Universiti Tawar Khidmat Seks RM200 Melalui Aplikasi We Chat

SEORANG penuntut jurusan undang-undang di sebuah universiti awam ditangkap penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) selepas dikesan menawarkan perkhidmatan seks dan menjadi gadis peneman dengan mengenakan caj RM300 untuk sejam di sebuah hotel bajet di Kuala Terengganu, Khamis lalu.

Menurut sumber, suspek berusia 22 tahun dari Kelantan turut mempelawa rakan di tempat dia belajar untuk melakukan perbuatan sama melalui aplikasi WhatsApp dan WeChat.

Ketika serbuan, suspek yang hanya memakai singlet dan seluar pendek didapati berada dalam bilik yang sama dengan seorang lelaki berusia 28 tahun yang hanya memakai tuala.

Hasil siasatan yang jalankan, suspek dipercayai hanya akan menjadi peneman dan melakukan seks dengan individu yang dikenali saja kerana mendakwa berdepan masalah wang,” katanya, hari ini.

Sumber berkata, pasangan itu seterusnya dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Sementara itu, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim mengesahkan tangkapan berkenaan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *