Pekerja Kedai Tinted Sebenarnya Mahu? Sehingga Terbabas Skyline GTR Di Subang Jaya

Tular di laman sosial beberapa keping gambar kereta sport mewah berjenama Nissan GTR telah mengalami kemalangan di sebuah jalanraya di Malaysia.

Mungkin jika dilihat ianya merupakan kemalangan biasa sahaja namun apa yang sebenarnya berlaku cukup boleh dijadikan pengajaran kepada pemandu kereta sport mewah dan pekerja yang berkaitan dengan penyelenggaraan kereta mewah.

Menurut laporan polis :

4May2018/Selangor

Kejadian berlaku petang tadi di Subang Jaya. Akibat kecuaian pekerja kedai aksesori yg memandu kenderaan pelanggan, kereta sport jenis Nissan Skyline R35 terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Menurut info, pelanggan tersebut ingin memasang tinted cermin kereta di kedai tersebut.

Jelas cerita sebenar boleh membawa pengajaran apabila pemilik kenderaan telah menyerahkan keretanya di salah sebuah kedai tinted di Subang Jaya , namun malang tidak berbau apabila pekerja kedai tinted berkenaan yang dikatakan mencuba untuk menguji kuasa jentera tersebut sehingga ianya terlibat dalam kemalangan.

Dilihat dalam video , kerosakan yang agak teruk berlaku kepada kereta sport mewah Nissan GTR tersebut yang harganya dikatakan menjangkau hampir setengah juta ringgit.

Mungkin kereta tersebut dilengkapi insurans namun kerosakan yang dialami oleh kenderaan dan pemilik kenderaan tersebut semestinya memberikan impak besar dan boleh dijadikan pengajaran memandangkan agak tidak mungkin untuk pekerja kedai tinted tersebut mampu untuk membayar gantirugi kereta sport mewah tersebut.

Sekiranya mampu sekalipun ,

kemungkinan masa untuk membaiki kenderaan tersebut mungkin agak lama kerana kenderaan tersebut adalah import dan agak jarang dilihat diatas jalan raya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *