Parti Separuh Bogel di Lost World Of Tambun, Dah Bukan Macam Dekat Malaysia

Dah macam bukan Malaysia! Memalukan! Ini antara reaksi balas netizen setelah menonton satu video tular yang menunjukkan sambutan tahun baru yang diadakan di taman tema air Lost World of Tambun. Carian Ismaweb mendapati acara parti dalam kolam (pool party) itu adalah salah satu acara dalam program sambutan tahun baru yang bernama ‘2018 Magic Countdown’.

Dengan bayaran tiket serendah RM40, pelbagai acara diadakan seperti persembahan naga manusia (human dragon), bunga api dan tarian ‘glow in the dark‘ dengan iringan musik rancak. Ismaweb menerima beberapa keping gambar persembahan tetapi ia tidak boleh disiarkan atas sebab pakaian yang terlalu mencolok mata.

Sumber: ismaweb.net

Oleh kerana kejadian itu telah tular, ianya telah mendapat perhatian oleh Mufti Perak sendiri iaitu Tan Sri Dr. Harussani Zakaria sendiri.

Tidak sepatutnya diadakan acara yang bercampur lelaki dan perempuan. Bertudung atau tidak bertudung hukumnya haram kerana bercampur lelaki dan perempuan.

Ia tetap haram walaupun hanya acara menyambut tahun baru,” kata beliau yang dipetik daripada sebuah portal tempatan.

Menurut Harussani, perbuatan seperti itu bukanlah cara yang diajar oleh agama Islam sendiri sehingga ianya sudah melampaui batas sedangkan negara kita merupakan sebuah negara Islam.

Adakah itu cara nak sambut tahun baru? Sepatutnya kalau nak sambut tahun baru, kita bersyukur kepada Allah kerana dipanjangkan umur, kita berdoa semoga tahun baru ini memberikan satu rahmat kepada kita semua. Itu baru betul,” katanya dipetik daripada Ismaweb.net.

 

Sambutan tahun baru 2018 yang diadakan di Lost World of Tambun adalah satu kejadian yang patut kita semua kesali. Entah di mana fikiran mereka yang sanggup separuh bogel siap berjoget segala bagai di dalam air beramai-ramai bercampur lelaki dan perempuan sebegitu secara publik, malu mana malu? Kesal sungguh. Kita yang tertengok video dan foto mereka pula yang rasa malu.

 

Dr Syahr Musafir

Rahimah Ab.Rahman

02/01/2018

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *