Netizen Samakan Sajat Dengan Lalat Hijau- Ini Reaksi Sajat- Win

USAHAWAN yang kini bergelar selebriti, Nur Sajat Kamarruzaman enggan mengambil pusing segala komen netizen yang mengecam penampilannya yang tular sejak Ahad lalu.

Segalanya bermula apabila Sajat memuat naik beberapa video dan gambar di Instagram menyarung gaun sequein berwarna hijau rekaan Gie ketika menghadiri Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32).

Gambar terbabit mengundang pelbagai kritikan sehingga ada netizen menyamakan persalinan Sajat seperti lalat hijau.

Saya sudah lihat gambar berkenaan. Tak mengapalah. Saya sudah lali dengan kecaman dan ejekan.

“Biarlah apa mereka mahu katakan kerana masing-masing mempunyai pendapat dan saya tidak boleh sekat fantasi orang.

Bagi saya, makin dilayan makin menjadi-jadi netizen sekarang ini. Jadi saya tidak mahu melayan dan biarkan mereka terus mengata. Say tak marah pun,” katanya.

Menurut Sajat, dia tidak pernah tertekan apabila dirinya terus menjadi mangsa kecaman netizen.

Saya percaya apabila pakaian yang digayakan menjadi perhatian maksudnya kehadiran saya disedari umum.

Kecaman ini sedikitpun tidak melemahkan saya, malah memberi saya keyakinan untuk terus tampil bergaya dengan rekaan yang unik dan terkini,”katanya

Berikut adalah keputusan penuh AJL 32 :-

 

JUARA: Hael Husaini (Jampi)

NAIB JUARA: Faizal Tahir  (Sejati)

TEMPAT KETIGA: Haqiem Rusli ( Tergantung Sepi)

VOKAL TERBAIK: Syamel & Ernie Zakri ( Aku Cinta)

PERSEMBAHAN TERBAIK: Altimet (Amboi)

Walaupun tahun ini majoriti finalis merupakan bakat baru dalam industri, tetapi mereka sudah membuktikan bahawa mereka juga boleh tampil dengan persembahan yang agak berkualiti

. Semoga selepas ini makin ramai penyanyi yang bersemangat untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan terus memantapkan lagi industri muzik tempatan. Adakah anda berpuas hati dengan keputusan AJL 32? Kongsikan pendapat anda dibawah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *