Maritim selamatkan empat nelayan, Selepas Memuat Naik Status Di FB

KUALA TERENGGANU – Empat nelayan berdepan detik cemas apabila enjin bot yang dinaiki rosak, kira-kira 18 batu nautika dari muka kuala Kuala Terengganu, pagi semalam.

Namun, kesemua mereka berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) DM 9 yang melakukan penundaan ihsan dan dibawa ke jeti Maritim DM9 kira-kira jam 7.30 petang semalam.

Ahmad Sufian Salleh, 28; Umar Mamat, 41; Che Umar Mamat, 49, dan Besar Sidik, 58, dikatakan turun ke laut kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin bagi memborong ikan daripada nelayan di laut.

Timbalan Pengarah Operasi Wilayah Maritim Timur, Kapten Maritim V. Panir Selvan berkata, pihaknya menerima maklumat dari pusat operasi (PUSOP) DM 9 kira-kira jam 11.45 pagi.

Susulan daripada aduan yang dibuat, Maritim menghubungi kapal Maritim yang berada di laut dan dalam perintah operasi ke lokasi. Dalam masa sama, sebuah bot Maritim DM 9 digerakkan ke lokasi untuk memberi bantuan.

Kita menjumpai bot tersebut kira-kira jam 3.40 petang dalam keadaan selamat dan proses penundaan ihsan selamat dibawa balik ke jeti Maritim DM 9 kira-kira jam 7.30 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Sementara itu, Ahmad Sufian ketika menceritakan detik cemas itu berkata, enjin botnya mati secara tiba-tiba kira-kira jam 9.30 pagi dan dalam masa yang sama, mengeluarkan asap tebal.

Dia dan rakan-rakannya mula panik dan kemudian menyedari kejadian berpunca daripada minyak enjin yang bocor.

Kami cuba hidupkan enjin tapi tak berjaya. Saya cuba hubungi abang di darat untuk dapatkan bantuan tapi gagal. Bot itu kemudiannya hanyut mendekati darat, saya cuba hubungi lagi tapi tak dapat.

Buntu dengan apa yang berlaku, saya muat naik status dalam laman Facebook, yang kemudiannya ditularkan sehingga kepada pengetahuan keluarga dan orang ramai, sebelum bantuan sampai,” katanya.

Jelasnya, ia adalah pengalaman pertama bot yang dinaiki mengalami kerosakan enjin semasa berada di laut.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *