Lim Guang Eng Pernah Dipenjara Kerana Mempertahankan Gadis Melayu Dari Dirogol- Ramai Yang Tak Tahu

Nama Lim Guang Eng atau lebih dikenali sebagai LGE kini meniti di bibir rakyat apabila Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menamakannya sebagai sebagai salah seorang menteri Kabinet dan beliau juga dikatakan antara calon yang akan memegang jawatan Menteri Kewangan.

Keputusan itu sedikit sebanyak mengejutkan rakyat dan pelbagai persepsi yang dilontarkan mengenai situasi ini. Apabila diajukan soalan oleh media mengenai respon terhadap isu bangsa Cina yang pertama bakal memegang jawatan sebagai menteri kewangan, jawapannya cukup mudah.

“Saya adalah rakyat Malaysia, saya tidak melihat diri saya sebagai orang cina.”

Berdasarkan bebenang yang dimuat naik oleh Hazman Husni, LGE merupakan seorang  ahli politik yang hebat. Walaupun berlainan bangsa dan agama, LGE tidak pernah menafikan hak orang Islam dan Melayu. Malahan, beliau dikatakan pernah memberikan sumbangan untuk pembinaan masjid.

DARIPADA Mat Sabu, kita beralih kepada Lim Guan Eng (LGE) pula. Ini adalah thread mengenai info ringkas Lim Guan Eng, latar belakang dan juga kes rogol oleh bekas Ketua Menteri Melaka yang mengakibatkan dia dipenjara pada tahun 1997 dan benarkah Islam ditindas di Penang.

LGE mendapat pendidikan ijazah di Monash University dalam jurusan Ekonomi dan menjadi akauntan bertauliah pada tahun 1983. Tempohnya di universiti, dia juga pernah menjadi presiden MUISS (Monash University International Student Society). Kemudian dia bekerja as senior executive di bank.

Kalau Tun M lantik Mat Sabu kerana pengalaman dan ketegasannya, jadi adakah menjadi satu persoalan lagi apabila LGE dilantik sebagai Menteri Kewangan disebabkan latar belakang akauntan dan ilmu ekonominya?

Ingat, LGE ambil pucuk pimpinan di Pulau Pinang daripada Barisan Nasional (BN), berjaya kurangkan defisit hutang dari RM600 juta kepada RM0.00. Bukan setakat itu, Tun M perkenalkan lima orang elder councils untuk membantu tadbir negara antara pakar ekonomi Zeti Aziz dan Prof Jomo KS. Masih pertikaikan lagi?

Perbicaraan LGE pada tahun 1997, adalah perbicaraan mengenai kes rogol bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik. LGE dipenjara setelah memperjuangkan hak seorang gadis Melayu selepas Abdul Rahim tak didakwa langsung walaupun selepas mangsa kemukakan bukti.

LGE juga dikenakan Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan Penerbitan setelah mengedarkan risalah mengenai perasaan tidak puas hati terhadap perlaksanaan keadilan di Malaysia. Pada masa ini, status Ahli Parlimennya dilucutkan secara automatik.

Bukan setakat itu saja, LGE telah dianiaya dan dikaitkan dengan isu rasuah dan menjadi bahan modal bekas kerajaan ketika itu (kini dikenali sebagai pembangkang) untuk menghukum dia dan melucutkan jawatannya di Parlimen Kota Melaka ketika itu.

sumber: the reporter

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *