Kuil di Kampung Pandan ini pernah menjadi tempat perlindungan orang Melayu

Kuil pernah menjadi pusat perlindungan orang Melayu.

Saya mahu mengimbau masa lalu, kisah hampir 50 tahun. Ini kisah benar, bukan saya karang karang, tanyalah kepada ibu bapa kamu yang berusia 70 tahun keatas, yang pernah tinggal di Kampong Pandan Dalam, dan luar, kawasan setinggan termasuk sekarang di kenali taman maluri, kuater kerajaan di jalan perkasa dan jalan cochrane. Mungkin mereka ingat.

Pada petang Mei 13, Kuala Lumpur sudah huru hara, hari sudah malam. Polis telah mengistiharkan perintah berkurung seluruh Kuala Lumpur. Pihak Polis telah membuat sekatan jalan raya banyak kawasan termasuk jalan masuk ke Kampong Pandan.

Dan tidak membenarkan sesiapa masuk walau pun rumah di Kampong Pandan. Sekatan itu di hadapan sekolah aminuddin baki, dewan belia tidak boleh masuk. Sebelahnya rumah kebajikan, juga tidak boleh masuk. Semua di kunci.

Apa pilihan mereka yang terperangkap? Berpatah balik akan melalui jalan pudu dan bukit bintang, majoriti kawasan Cina.. tentu bahaya.

Akhirnya orang Melayu dan Perempuan dan ada budak2 terperangkap di panggil oleh Sami Kuil ini masuk ke dalam kuil. Malah dalam kuil itu ada juga orang India termasuk orang muda.

Mereka bersama orang Melayu lain menjaga keselematan mereka yang berlindung sepanjang malam itu.

Esuk paginya mereka semua di keluarkan oleh Polis dengan iringan Polis Hutan.

Setiap kali saya melintas jalan ini, saya akan teringat peristiwa itu.. sebab saya yang merakamkan mereka yang keluar dari kuil ini pada 11.00 pagi Mei 14,1969. Dua hari kemudian di istiharkan dharurat, kesemua kawasan Kampong Pandan dan sekitar di bawah kawalan askar renjer dari Sarawak. Kawasan Kampong Pandan kemudian di kenali ‘kawasan mudah tersinggung’.

Kisah dan peristiwa ini, anda orang Melayu mesti tahu. Kuil hindu di Jalan Perkasa ini pernah menyelamatkan nyawa berpuluh orang Melayu masa Peristiwa Mei 13, 69.

Kredit: Zaharin Mohd Yasin.