Kronologi Penuh Kejadiaan Setelah Alya Damia Berjumpa Teman Lelakinya- Tak Sangka Teman Lelakinya?

POLIS menahan bekas teman lelaki pelajar perempuan Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) yang dibunuh sebelum mayatnya ditinggalkan di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, Port Dickson, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, suspek berusia 19 tahun ditangkap di rumahnya di Taman PD Idaman, Lukut kira-kira satu kilometer dari tempat mayat ditemukan.

Katanya, suspek yang juga penuntut KVPD itu ditahan kira-kira 15 minit selepas mayat Nur Alya Damia Hairi, 19 ditemui oleh penduduk pada 10.30 malam tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa keluar dari rumah sewanya di Taman PD Idaman selepas dijemput suspek dengan menaiki Proton Wira dan mereka dikatakan ke satu lokasi berdekatan taman perumahan itu.

Berlaku perselisihan faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik oleh suspek selama beberapa minit yang menyebabkan kematiannya,” katanya.

Mohd Faisal berkata, menyedari mangsa sudah meninggal dunia, suspek yang ketakutan mencampakkan mayat remaja itu di tepi jalan di Taman PD Permata sebelum ditemui orang awam,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson untuk mendapatkan perintah reman hari ini,” katanya.

TEMAN LELAKI DITANGKAP

Susulan penemuan mayat seorang pelajar perempuan Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) dipercayai dibunuh di kawasan semak di Taman PD Permata jam 10.30 malam tadi, polis telah menahan seorang lelaki pelajar lelaki dari kolej yang sama dipercayai bekas teman lelaki mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, DSP Mohd Faisal Mohd Noor berkata, anggota forensik menemui kesan jerut pada leher mangsa, Nuralya Damia Mohd Hairi, 19,  dan dipercayai dibunuh.

Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, rakan sekelas mangsa, Syarifah Noor Shahira Sheikh Mohd Zain, 19, berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap yang ganjil sebelum ini kecuali berubah menjadi periang.

“Dia sangat ceria sebelum ini. Kali terakhir saya menemuinya semasa kelas petang semalam, arwah sangat riang sehingga ditegur oleh pensyarah kami yang turut hairan dengan kelakuannya itu.

“Arwah merupakan seorang yang baik,” katanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *