Keputusan Rasmi AJL 32 Anugerah Juara Lagu AJL 2018

Keputusan rasmi AJL 32 Anugerah Juara Lagu pada Ahad 11 Februari 2018 TV3. Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 2018 kini bersiaran secara langsung di Dewan Axiata Bukit Jalil bermula pada jam 9.00 malam. Malam berprestij AJL 32 turut dihangatkan oleh gandingan 2 barisan pengacara antaranya adalah Aliff Satar dan Sherry Alhahad. Untuk info, seramai 12 peserta finalis berentap untuk merebut gelaran Anugerah Juara Lagu kali ke 32.

Keputusan Pemenang AJL 32 Anugerah Juara Lagu 2018

 

Juara AJL 32: Hael Husaini – Jampi (RM50,000 + Trofi)

Naib Juara: Faizal Tahir – Sejati (RM35,000 + Trofi)

Tempat Ketiga: Haqiem Rusli – Tergantung Sepi (RM20,000 + Trofi)

Vokal Terbaik: Syamel & Ernie Zakri – Aku Cinta (RM12,000 + Trofi)

Persembahan terbaik: Altimet – Amboi (RM12,000 + Trofi)

Senarai 12 Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu 2018

1. Faizal Tahir – Sejati

2. Haqiem Rusli – Tergantung Sepi

3. Hael Husaini – Jampi

4. Dayang Nurfaizah – Separuh Mati Ku Bercinta

5. Altimet – Amboi

6. Syamel – Lebih Sempurna

7. Hazama – Aku Yang Sebenar

8. Salma – Akhirnya Cinta

9. Wany Hasrita – Menahan Rindu

10. Syamel & Ernie Zakri – Aku Cinta

11. Khai Bahar – Bayang

12. Ara Johari – Warkah Untukku

SELEPAS persaingan sengit selama tiga minggu, 12 lagu mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-32 yang bakal berlangsung Februari depan.

Keputusan itu diumumkan gandingan pengacara Sherry Al Hadad dan Hefny Sahad pada pentas minggu terakhir Semi Final Muzik Muzik 32 (SFMM32) di Sri Pentas 2, Shah Alam, malam tadi.

Dua belas lagu itu ialah Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan sepenuhnya Ajai dinyanyikan Dayang Nurfaizah, Sejati (Faizal Tahir/Mike Chan/Azmi Caliph Busker), Menahan Rindu (Ibnu & Gouffran/Wany Hasrita), Tergantung Sepi (Gouffran/Ibnu/Haqiem Rusli), Lebih Sempurna (Syamel), Aku Cinta (Syamel/Ernie Zakri,

Lagu lain ialah Warkah Untukmu (Hang Nadim/Laq/Ara Johari), Bayang (Alam Harry Khalifah/Patrick Anahonda/Khai Bahar), Jampi (Hael Husaini/Ezra Kong), Aku Yang Sebenar (M Nasir/Ad Samad/Hazama & The Penglipurlara), Amboi (Navigator/Altimet) dan Akhirnya Cinta (Ajai/Slen/Salma).

Pemilihan lagu ke final dinilai sepenuhnya barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri, AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY dan Pak Ngah.

Sebanyak 30 lagu bersaing di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM32) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, pada 29 Oktober, 5 dan 11 November lalu.

Pentas Minggu Terakhir SFMM32 turut dihangatkan dengan persembahan kumpulan 6ixth Sense (Tanpa & Khatimah Cinta), Bunkface dan Tam Spider (Relaku Pujuk, Situasi, Aladdin, Revolusi).

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *