Jangan pandang pelik, saya cuma dilahirkan dengan Progeria

Walaupun tidak kelihatan seperti umurnya, sebenarnya Adalia Rose merupakan seorang kanak-kanak yang berusia 11 tahun. Akibat satu keadaaan genetik yang unik disebut progeria, luaran Adalia Rose menua lebih cepat dari biasa. Walaupun menghidapi penyakit yang istimewa ini, Adalia Rose sangat positif dan ceria dengan dirinya.

Disebabkan oleh keadaannya yang unik, Adalia menjadi popular seperti artis di Amerika Syarikat. Adalia mula terkenal selepas ibunya membina sebuah laman sesawang dan laman khas di media sosial Facebook untuk memuat naik kisah hidupnya. Orang ramai mula mengambil tahu lebih lagi mengenai Adalia dan progeria.

Penyakit yang menimpa Adalia Rose adalah satu yang sangat jarang berlaku dan peratusan kanak-kanak yang menderita dengan penyakit ini juga sangat sedikit . Adalia mula terkenal di media sosial apabila keadaannya di viralkan masyarakat disana.

Kanak-kanak yang menderita ‘progeria’ dilahirkan dengan sihat dan kelihatan normal pada umur 10 hingga 24 bulan pertama dalam hidup mereka. Selepas tempoh itu mereka akan mula menunjukkan tanda-tanda penuaan pada kadar yang sangat cepat.

Apabila mereka meningkat dewasa mereka akan kelihatan seperti orang yang sangat tua. Perkara yang sama berlaku dalam kes Adalia dimana dia kini hanya berumur 11 tahun.

Penyakit ini tidak menghalangnya daripada bergerak aktif dan lantang bersuara tentang penyakitnya. Dia telah muncul dalam pelbagai video di mana dia boleh dilihat seperti kanak-kanak lain yang berusia sepuluh tahun. Dia suka keluarganya dan suka memberitahu orang melalui video bagaimana dia suka berada bersama keluarganya.

Adalia juga kerap membuat video untuk mencari penyebab kepada progeria serta cara untuk mendapatkan penawar kepada penyakit itu. Hasil keuntungan daripada video itu digunakan untuk penyelidikan mengenai punca penyakit ini dan rawatan kanak-kanak lain yang terjejas disebabkan ‘progeria’. Beliau mempunyai lebih daripada 370,000 pengikut di Twitter dan lebih daripada 6 juta peminat di Facebook.

Kredit: Adalia