Inilah Nasihat Dato Vida Kepada Ziana Zain- Dato Vida Pernah Juga Alami Benda Sama

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Vida berkata dia mengagumi ketabahan penyanyi Ziana Zain yang kini berdepan dengan masalah dalaman rumah tangga.

Menurut Vida atau Hasmida Othman, 47, penyanyi tersebut memiliki kekuatan emosi dan masih komited melaksanakan tugas meskipun sedang melalui ujian berat dalam hidup.

Saya kagum dengan dengan Ziana kerana ketika berdepan dengan ujian berat dia masih mampu meneruskan kerjaya.

Dia tenang menghadapi dugaan dan pandai membezakan antara soal peribadi dan kerjaya. Ziana seorang wanita yang kuat dan tabah,” katanya kepada mStar Online.

Vida ditemui semasa Malam Anugerah Mood Republik yang berlangsung di JW Marriot Hotel, baru-baru ini.

Semasa majlis tersebut, Ziana turut diundang membuat mempersembahan dan tetamu yang hadir kagum dengan komitmen ditunjukkannya meskipun sedang berdepan dengan dugaan rumah tangga.

Sementara itu, Vida menasihati Ziana supaya tidak melayan perasaan sehingga menganggu emosi diri.

“Jangan layan perasaan itu sehingga memudaratkan diri. Sentiasa sayangi diri dan ingat anak-anak yang sedang membesar.

Saya juga pernah melalui ujian rumah tangga, tapi saya cekalkan hati dan selalu ingatkan diri yang saya ada anak-anak dan pekerja yang masih memerlukan.

Memang dugaan hidup ini menyakitkan tapi percayalah tuhan tak akan bagi ujian tanpa sebab dan akhirnya nanti ada hikmah terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Vida berharap penyanyi lagu Putus Terpaksa itu tidak ambil pusing dengan kecaman netizen di laman sosial.

Pedulikan komen-komen orang kerana mereka tak tahu apa yang berlaku dan hanya menulis di laman sosial seperti tahu semuanya.

Saya yakin Ziana mampu menangani perkara ini dan abaikan sebarang komen negatif netizen. Anggap sahaja apa yang mereka cakap hanya ‘hello dan bye-bye’,” katanya.

Sebelum ini, isu dalaman rumah tangga Ziana Zain menjadi bualan hangat netizen apabila suaminya iaitu Armin atau nama sebenarnya Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53,

ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lalu atas tuduhan memukul anak mereka.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/03/12/vida-komen-ziana/#UttdphFdiqttbagu.99

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *