Inilah Biodata Hafizh Syahrin. Pelumba Asia Pertama Yang Akan Bersaing Bersama Rossi Di MotoGp. Tahniah Anak Melayu

Sekalung tahniah diucapkan buat jaguh moto2 negara, Hafizh Syahrin kerana telah memenangi Kejuaraan Moto2 Eropah pada pusingan pertama perlumbaan antarabangsa FIM CEV Repsol di Litar Albacete, Sepanyol pada 30 April 2017 lalu.

Anak jati Ampang, Selangor ini berjaya merekodkan kemenangan dengan catatan masa 31 minit 13.926 saat sekaligus meninggalkan pelumba-pelumba moto2 lain. Seterusnya, jejaka luar biasa ini bakal beraksi di percubaan keduanya di Litar Catalunya, Barcelona pada pertengahan Jun 2017 ini.

Untuk pengetahuan pembaca, Hafizh bermula dalam lapangan sukan permotoran dengan berjinak-jinak melalui perlumbaan ‘pocket bikers’ sejak berusia lapan tahun lagi sebelum memutuskan untuk menyertai Kejuaraan Motosikal Sepanyol (CEV) bagi kelas Moto2 bermula 2010 sehingga hari ini.

Jom kita berkenalan dengan pelumba motosikal profesional tanah air ini yang turut digelar sebagai Pescao (ikan kecil).

Biodata Hafizh Syahrin

Nama Penuh: Hafizh Syahrin Abdullah

Nama Komersil: Hafizh Syahrin

Tarikh Lahir: 5 May 1994

Umur: 23 Tahun (2017)

Asal: Ampang, Selangor

Keluarga: Anak sulung daripada tiga adik-beradik

Status: Bertunang

Nama Tunang: Suzana Manaf

Agama: Islam

Bangsa: Melayu

Warganegara: Malaysia

Kerjaya: Pelumba Moto2 Profesional Malaysia

Pencapaian: Juara FIM CEV 2017 di Litar Albacete di Sepanyol, tempat keempat di Moto2 Catalunya 2016, tempat kelima di Moto2 GP Itali 2016, juara Perlumbaan AMA PRO Vance & Hines Harley – Davidson Series 2013 di Grand Prix Indianapolis di Amerika Syarikat dan tempat ketiga di FIM CEV Repsol Championship 2013

Facebook: facebook.com/pg/HafizhSyahrinPescao55Official

Twitter: twitter.com/hafizhpetronas

Instagram: instagram.com/hafizh_syahrin

Trivia Menarik Hafizh Syahrin

Seorang yang peramah, tidak sombong, fokus dan sentiasa merendah diri.

Mewakili pasukan Petronas Raceline Malaysia.

Jika ada masa terluang, Hafizh suka bermain futsal, bola padang, badminton, tenis dan golf.

Merupakan generasi ketiga Felda Chalok, Terengganu (sebelah ayahnya).

Mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati yang merupakan model muslimah iaitu Suzana Manaf pada Julai 2016.

Barcelona FC merupakan kelab bola sepak antarabangsa kegemarannya.

Jika tidak terlibat dengan dunia permotoran, Hafizh bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak profesional.

Tidak cerewat dalam soal makanan. Boleh makan apa sahaja janji sedap.

Mempunyai skil dan kelebihan berlumba dalam keadaan hujan berbanding pelumba-pelumba lain.

Turut digelarkan sebagai King of Pocket Bikers kerana aksinya yang cemerlang dalam sukan berkenaan.

Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.

PM Najib ucap tahniah kepada Hafizh Syahrin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menzahirkan ucapan tahniah kepada pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang muncul sebagai pelumba Malaysia pertama bersaing dalam Kejuaraan MotoGP Dunia musim ini.

“Tahniah Hafizh Syahrin, pelumba Malaysia pertama menyertai MotoGP musim penuh!” kata Datuk Seri Najib menerusi catatan dalam laman Twitter rasmi beliau.

Hafizh Syahrin, 23, pelumba yang diberi jolokan ‘Pescao 55’ mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama bakal bersaing pada Kejuaraan MotoGP Dunia bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 tahun ini.

Pelumba yang berasal dari Selangor itu akan berganding dengan bekas juara dunia Moto2 2016, Johann Zarco, sebagai pelumba kedua menggantikan Jonas Folger yang menarik diri atas faktor kesihatan.

 

via- ikisahbenar

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *