Inilah 128 negara tolak iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel. Kemenangan Semakin Hampir.

NEW YORK – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mencatat undian 128 negara menyokong usul menolak keputusan

Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Manakala sembilan lagi menentang usul tersebut.

Memetik laporan Reuters, dalam pada itu, sebanyak 35 negara lain berkecuali dalam undian berkenaan.

Terdahulu, Presiden Donald Trump mengeluarkan ugutan akan bertindak balas terhadap negara yang menyokong langkah itu.

Trump mengancam memotong bantuan kewangan kepada negara yang mengundi menyokong undian terbabit.

Negara yang mengundi memihak kepada resolusi

A: Afghanistan, Albania, Algeria, Andorra, Angola, Armenia, Austria, Azerbaijan

B: Bahrain, Bangladesh, Barbados, Belarus, Belgium, Belize, Bolivia, Botswana, Brazil, Brunei, Bulgaria, Burkina Faso, Burundi

C: Cabo Verde, Cambodia, Chad, Chile, China, Comoros, Congo, Costa Rica, Cote d’Ivoire, Cuba, Cyprus, Democratic People’s Republic of Korea (North Korea), Denmark, Djibouti, Dominica

E: Ecuador, Egypt, Eritrea, Estonia, Ethiopia

F: Finland, France

G: Gabon, Gambia, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Guinea, Guyana

I: Iceland, India, Indonesia, Iran, Iraq, Ireland, Italy

J: Japan, Jordan

K: Kazakhstan, Kuwait, Kyrgyzstan

L: Laos, Lebanon, Liberia, Libya, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg

M:Madagascar, Malaysia, Maldives, Mali, Malta, Mauritania, Mauritius, Monaco, Montenegro, Morocco, Mozambique

N: Namibia, Nepal, Netherlands, New Zealand, Nicaragua, Niger, Nigeria, Norway

O: Oman

P: Pakistan, Papua New Guinea, Peru, Portugal

Q: Qatar

R: Republic of Korea (South Korea), Russia

S: Saint Vincent and the Grenadines, Saudi Arabia, Senegal, Serbia, Seychelles, Singapore, Slovakia, Sloveni, Somalia, South Africa, Spain, Sri Lanka, Sudan, Suriname, Sweden, Switzerland, Syria

T: Tajikistan, Thailand, The Former Yugoslav Republic of Macedonia, Tunisia, Turkey

U: United Arab Emirates, United Kingdom, United Republic of Tanzania, Uruguay, Uzbekistan

V: Venezuela, Vietnam

Y: Yemen

Z: Zimbabwe

Negara yang mengundi resolusi

G: Guatemala

H: Honduras

I: Israel

M: Marshall Islands, Micronesia

N: Nauru

P: Palau

T: Togo

U: United States

Negara yang tidak mengundi

A: Antigua-Barbuda, Argentina, Australia

B: Bahamas, Benin, Bhutan, Bosnia-Herzegovina

C: Cameroon, Canada, Colombia, Croatia, Czech Republic

D: Dominican Republic

E: Equatorial Guinea

F: Fiji

H: Haiti, Hungary

J: Jamaica

K: Kiribati

L: Latvia, Lesotho

M:  Malawi, Mexico

P: Panama, Paraguay, Philippines, Poland

R: Romania, Rwanda

S: Solomon Islands, South Sudan

T: Trinidad-Tobago, Tuvalu

U: Uganda

V: Vanuatu

NEW YORK – Amerika Syarikat (AS), kelmarin menggunakan kuasa veto mereka menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang menggesa pembatalan keputusan kontroversi Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Terdahulu, 14 daripada 15 anggota UNSC menyokong draf resolusi menetapkan sebarang keputusan dan tindakan yang bertujuan untuk mengubah karakter, status atau komposisi demografi Baitulmaqdis yang tidak mempunyai kesan perundangan adalah dibatalkan dan tidak sah serta perlu mematuhi resolusi relevan UNSC.

Dokumen tersebut tidak menyatakan secara spesifik nama jutawan hartanah terbabit atau Trump, sebaliknya ia hanya menzahirkan rasa kesal dengan keputusan unilateral terbabit, selain menyuarakan kebimbangan tentang status Kota Lama tersebut.

Apa yang kita dapat saksikan pada hari ini adalah satu penghinaan yang tidak akan dilupakan. Kami menolak tanpa rasa berat hati.

Keputusan menggunakan kuasa veto ini adalah untuk mempertahankan kedaulatan AS selain melindungi peranan kami dalam proses damai Timur Tengah,” kata Duta AS ke PBB, Nikki Haley.

Difahamkan, draf resolusi turut mendapat sokongan sekutu utama Washington termasuk Britain, Perancis dan Jepun.

Susulan keputusan itu, jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeina bertindak mengecam tindakan itu yang disifatkan sebagai ‘tidak boleh diterima’ dan mengancam kestabilan masyarakat antarabangsa.

Sokongan semua pihak ke atas resolusi itu jelas menunjukkan isolasi AS. Masyarakat antarabangsa kini perlu bekerjasama untuk melindungi penduduk Palestin,” katanya.

Sementara itu, Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki turut membantah keputusan AS yang menolak resolusi terbabit.

Kami mendapat sokongan majoriti anggota UNSC. PBB secara umum juga membantah keputusan Washington untuk memindahkan kedutaan mereka dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Jelasnya, Palestin tidak peduli dengan kedudukan AS kerana mereka hanya mahu mendapatkan 14 undi ‘ya’.

“14 undi menyokong itu bermaksud majoriti anggota majlis menolak keputusan veto Washington itu,” ujarnya.

Dalam satu kenyataan lain, Duta Iran ke PBB, Gholamali Khoshroo juga menyelar tindakan AS itu yang didakwa sebagai bukti Washington sebagai penyokong utama rejim Tel Aviv ke atas wilayah pertikaian tersebut.

Timbalan presiden tangguh lawatan

Timbalan Presiden, Mike Pence dilaporkan membatalkan lawatan ke Baitulmaqdis selepas pentadbiran Rumah Putih memaklumkan kunjungan Pence ke Israel dan Mesir yang dijadualkan bermula semalam telah ditangguhkan.

Rumah Putih bagaimanapun menafikan keputusan penangguhan itu dibuat susulan protes besar-besaran di Palestin dan rantau Arab yang membantah keputusan Trump.

Jelasnya, pembatalan tersebut kerana sokongan beliau diperlukan dalam undi potongan cukai besar kepada syarikat dan golongan berpendapatan tinggi yang akan diadakan di Senat.

Rusia sedia ganti AS

Pertikaian yang semakin meningkat berhubung peranan AS sebagai broker damai di Timur Tengah menyebabkan Timbalan Wakil Rusia ke PBB, Vladimir Safronkov memberitahu, Moscow sedia menjadi pengantara proses perdamaian itu.

Kami sedia jadi pengantara yang jujur,” menurutnya.

Safronkov turut mengulangi gesaan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov supaya UNSC melakukan kajian semula komprehensif terhadap situasi di Timur Tengah.

Anjakan dramatik dalam dasar AS yang dibuat di bawah Akta Kedutaan Baitulmaqdis 1995 telah mencetuskan protes besar-besaran di rantau Arab dan negara Islam di seluruh dunia. – Agensi

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *