Ini Sebabnya Sesetengah Orang Memiliki Lubang Kecil Pada Bahagian Telinga

Adakah anda perasan, ada sesetengah di antara kita yang dilahirkan dengan lubang kecil pada bahagian atas telinga. Lubang tersebut dikenali sebagai preauricular sinus.

Mungkin ianya nampak seperti perkara biasa yang tidak akan memudaratkan pada sesiapa yang memiliki lubang kecil ini, tetapi ketahui apa sebenarnya lubang kecil berkenaan dan apa kesannya.

Lubang kecil pada bahagian atas telinga atau Preauricular sinus merupakan kecacatan kongenital biasa yang pertama kali dapat dikenal pasti pada tahun 1864.

Penyakit ini kebiasaannya dikenalpasti semasa rutin pemeriksaan fizikal. Ia dapat dikenalpasti dengan

pembentukan cyst atau bonjolan yang boleh menjadi bengkak di hadapan telinga. Sinus Preauricular diwarisi secara autosomal dominan. Ia boleh timbul secara spontan.

Ia juga boleh berlaku di kedua-dua belah telinga dalam 25-50 % kes, dan boleh juga berlaku pada sebelah bahagian sahaja. Ubat antibiotik serta pembedahan kecil perlu dilakukan sekiranya cyst atau kantung tersebut mengalami jangkitan.

Walaubagaimanapun, pembedahan untuk membuang atau mengeluarkan semua cyst/kantung tersebut mesti dilakukan bagi memastikan jangkitan sinus preaurikular tidak berulang.

Artikel Berkaitan

Petua cara mudah kopek kerang

Sedapnya makan kerang cicah cili kicap!! Tapi kadang2 ada kerang yang susah nak dikopek. Kalau yang susah kopek tu kerang yang besar, usaha jugak banyak kali nak kopek kan.. Saya kopek guna sebelah tangan je, tangan kanan. Cara ni ayah saya yang ajar. So tangan kiri boleh garu2 kalo ada nyamuk gigit ke, kan hihi.

Ada cara mudah taw nak bagi kerang mudah dikopek. Bolehla pilih mana2 cara yang berkenan di hati. Antaranya:

1. Nak mudah terbuka senang je, rebus air sehingga mendidih dulu, kemudian baru letak kerang..cepat la terbukanya kerang nanti.

2. Jangan rebus lama sangat.. masa rebus tengok kerang dah terbuka tu, dah boleh tutup api.. Kalau rebus lama sangat nanti susah nak kopek.

3. Semasa hendak rebus kerang tu campurkan sedikit minyak masak dalam anggaran satu sudu makan. Dengan cara ini, kulit kerang itu akan terbuka sedikit dan mudahlah anda mengopek dan mengeluarkan isi kerang tu.

Itu sahaja Petua cara mudah kopek kerang. Boleh la try nanti. Petua mudah2 je ni.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *