Ini Jawapan Balas Iqram Dinzly Terhadap Surat Terbuka Mufti. Kawapan Iqram Sungguh Tak Masuk Akal

KUALA LUMPUR – “Sekiranya benar beliau prihatin dengan keadaan saya, beliaulah yang sepatutnya datang ke rumah saya di Ipoh, Perak dan melihat sendiri keadaan saya dan ibu.

Saya bukan mencabar beliau tetapi sudah saya katakan sejak awal lagi, saya tidak meraih simpati kerana ini adalah cara saya berseni.”

Itu respons pelakon Iqram Dinzly ketika Kosmo! menghubunginya hari ini selepas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri meninggalkan surat terbuka kepadanya di laman Instagram hari ini.

Dalam isi kandungan surat yang dikongsi di Instagram beliau, Datuk Dr. Zulkifli antara lain memberi nasihat kepada Iqram agar tidak terpengaruh dengan cemuhan masyarakat.

Selain itu, beliau turut menjemput pelakon berusia 36 tahun tersebut datang ke pejabatnya untuk berkenalan dengan lebih rapat selain bersedia untuk menghulurkan sebarang bantuan.

Tambah Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, dia bersyukur kerana tingkah laku pelik bahkan didakwa gila atau kurang siuman berjaya menarik reaksi banyak pihak termasuk rakan artis, peminat, media serta ulama.

Saya sangat bersyukur kerana kelakuan gila saya mendapat perhatian ramai pihak termasuk Mufti sendiri memberi surat terbuka. Ini memberi peluang saya berdamping dengan golongan yang tinggi ilmu agama,” ujarnya.

Sejak akhir-akhir ini, masyarakat terkesan dengan kelakuan serta perangai pelik Iqram di laman sosial menerusi Live Video (LV) di Instagram.

PETALING JAYA: Tekanan perasaan, kemurungan dan masalah kerjaya mungkin menjadi faktor pelakon Iqram Dinzly bersikap pelik sejak kebelakangan ini.

Ketua Unit Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Fauziah Mohd Saad berkata, pelakon berkenaan perlu mendapatkan rawatan psikiatri bagi menyelesaikan masalah mental yang dihadapinya.

Kita patut bersimpati kepada dia kerana baru kehilangan bapanya. Kematian orang tersayang boleh menyebabkan kemurungan dan tekanan apatah lagi Iqram kehilangan bapanya baru-baru ini.

Jalan terbaik ialah dia perlu jumpa pakar sakit jiwa bagi memastikan di mana stage yang dilaluinya itu dan mendapatkan rawatan yang sesuai,” ujarnya kepada mStar Online.

Beliau mengulas isu perlakuan pelakon Iqram Dinzly yang kini menjadi tular apabila dia sering melakukan aksi-aksi pelik dan lucah di laman sosial.

Sementara itu, Fauziah berkata, masalah kewangan juga menjadi faktor menyumbang kepada hal psikologi seseorang.

Bagaimanapun, menurutnya, menerusi cara pelakon itu berkomunikasi di laman sosial boleh dianggap pada peringkat awal.

Selain itu kurang job dan kedai di Langkawi dia ditutup juga sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada psikologinya.

Saya kira dia boleh bercakap dengan baik mungkin kerana dia pelakon dan kita sukar untuk menjangkakan stage dia sekarang. Dulu ada juga seorang penyanyi yang mengalami masalah yang sama, malah pulih dan kembali sihat selepas mendapatkan rawatan,” ujarnya.

Sumber- K! ONLINE 

Gambar Remaja.my

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *