Inalillah-Mahathir dimasukkan ke IJN – Doakan Kesembuhan

Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat IJN, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu mengalami jangkitan di dada susulan masalah batuk.

“Pada masa ini, Dr Mahathir ditempatkan di wad umum. Beliau akan dirawat selama beberapa hari bagi rawatan dan pemantauan,” kata kenyataan itu.

IJN dalam satu kenyataan, hari ini mengesahkan bekas perdana menteri itu dimasukkan ke wad, malam tadi.

Katanya, Mahathir, 93, akan diletakkan di bawah pemerhatian doktor untuk beberapa hari

IJN turut menegaskan lawatan terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja.

Lawatan hanya untuk anggota keluarga terdekat, kata kenyataan itu.

Datin Paduka Marina Mahathir berkata bapanya dalam keadaan baik walaupun perlu ditahan di wad.

“Pagi ini saya melawat bapa. (Keadaan) Beliau baik, cuma perlukan rehat. Beliau akan kembali seperti biasa tak lama lagi,” katanya menerusi Twitter.

Sebagai calon perdana menteri HARAPAN, Mahathir, 93, semakin giat turun padang dalam program ceramah dan lawatan.

Beliau pada asalnya dijadual ke Bentong, Pahang, hari ini bagi program walkabout dan ceramah, namun HARAPAN Bentong semalam mengumumkan ia dibatalkan atas nasihat doktor.

Seorang pembantu Mahathir memberitahu Malaysiakini bahawa jadualnya untuk minggu depan juga telah dikosongkan, termasuk mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN pada Selasa ini.

Beliau pernah dimasukkan ke IJN beberapa kali, dengan kali terakhir pada Ogos 2016 atas sebab yang sama.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *