Hukum Pembelian Dan Penyewaan Penapis Air Secara Ansurans Adalah?

Pembelian atau penyewaan penapis air cuckoo atau coway dan mesin tapis air secara ansuran? Ramai yang tanya..

Soalan: Adakah pembelian melalui kaedah ansuran bulanan selama 4 tahun dan mendapat servis percuma atau pembelian melalui cash tetapi servis perlu dibayar selepas itu. Bagaimana pendapat ustaz mengenai muamalat seperti itu?

Jawapan: Jika beli, kena tahu berapa harga keseluruhan dan akad atas harga keseluruhan itu. Jika tiada harga keseluruhan pd akad, maka akad batil.

Jika ada syarat bayar lambat kena bayar bunga, maka anda berdosa kerana melakukan kontrak yg ada syarat riba. Walau anda tak pernah lambat bayar dan tak perlu bayar bunga. Kedudukan akad tersebut batil pd pandangan kebanyakan ulama, atau fasid pada pandangan mazhab Hanafi iaitu samada dibatalkan syarat ribawi di atas atau akad kena difasakhkan.

Jika akadnya akad sewa, tetapi masih ada syarat bayar bunga kalu bayar lewat, anda masih lagi berdosa memasuki akad dengan syarat riba. Kedudukan akad tersebut batil pd pandangan kebanyakan ulama, atau fasid iaitu samada dibatalkan syarat ribawi di atas atau akad kena difasakhkan sebagaimana pandangan mazhab Hanafi.

Soalan: Ada alternatif ke?

Jawapan: Boleh sahaja syarikat-syarikat buat sewaan dengan rate tinggi sikit… tp ada undertaking (janji) mereka utk caj rate rendah selama mana pelanggan bayar elok.

Soalan: Ustaz pakai tak mesin tu?😊

Jawapan: Saya tak pakai sebab saya tapis cara tradisional, dan saya tak pasti kontraknya buat masa kini.😊😊😊

Soalan: saya bayar tak lambat, jadi saya tak perlu bayar riba.

Jawapan: Ni cara dulu masa tiada org buat cara islam. Ni bukan perkara darurat pun. Saya masih boleh hidup walau tak berhutang cara ini!

wallahu al-musta’an.

sumber: https://www.facebook.com/asmadi.mohamednaim/posts/1618626684871716

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *