Hanya Kerana Vape Alya Damia Diperakukan Sedemikian- Sungguh Tak Sangka

PERTENGKARAN berkaitan tabiat suspek menghisap rokok elektronik (vape) dipercayai antara faktor menyebabkan lelaki itu berang sebelum mencekik Nur Alya Damia Hairi, 19, hingga mati, malam kelmarin.

Sumber berkata, mangsa dan bekas teman lelakinya yang berusia 19 tahun itu, dipercayai baru berpisah beberapa minggu lalu dan dikatakan bertemu semula pada malam kejadian untuk berbincang mengenai hubungan mereka.

Ketika bertengkar di dalam kereta, mangsa dikatakan mengugut suspek untuk memberitahu ibu bapa lelaki itu mengenai perhubungan mereka, selain tabiatnya menghisap vape tanpa pengetahuan orang tuanya.

Suspek yang marah kemudian hilang kawalan lalu mencekik leher mangsa selama beberapa minit sebelum menyedari hidung mangsa berdarah dan dia sudah tidak sedarkan diri.

Lelaki itu dipercayai panik dan kemudian menolak mangsa keluar dari keretanya dan terus pulang ke rumah sewa,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya Damia yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui seorang penduduk di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di sini, sebelum dia menghubungi polis.

Susulan itu, polis dalam tempoh 15 minit, mengesan dan menahan suspek utama yang juga penuntut KVPD di rumah sewanya di Taman PD Idaman, kira-kira satu kilometer dari lokasi mayat mangsa ditemui.

Mahkamah Majistret Port Dickson membenarkan suspek direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, siasatan awal mendapati, mangsa keluar dari rumah sewanya di Taman Selasih selepas dijemput suspek dengan menaiki PROTON Wira dan mereka dikatakan ke satu lokasi berdekatan perumahan itu sebelum pertengkaran tercetus.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor, berkata pihaknya menyiasat kes berkenaan merangkumi semua aspek dan dalam proses melengkapkan kertas siasatan.

sumber harian metro

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *