Gaji Bulanan Setiap Bulan Beli Seekor Lembu- Kini Pendapatan 1 Juta- Kisah Inspirasi Remaja Belajar Sampai Darjah 6

Tak dinafikan, bukan begitu mudah untuk memperoleh pekerjaan pada zaman sekarang. Tidak kiralah anda mempunyai kelulusan apa sekalipun, ia belum tentu menjamin peluang kerjaya kepada anda.Kata orang rezeki setiap individu itu berbeza-beza. Buat Saipol Azmir Zainuddin, ternyata keputusan beliau berhenti sekolah setakat darjah 6 bukanlah keputusan yang salah.

Berkat usahanya yang gigih, pengembala yang berusia 33 tahun ini memperoleh pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan lembu tahun lalu.Menurut Saipol, berhenti sekolah lebih awal daripada rakan lain tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya dan keputusan yang diambilnya itu bukan saja-saja“Walaupun berhenti sekolah lebih awal daripada rakan lain, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya kerana itu impian sejak kecil.

“Saya tak sekolah pun bukan saja-saja tapi kerana mahu bekerja sebagai buruh binaan membuat rumah,” katanya.Kisah kejayaannya ini bermula selepas beliau membeli seekor anak lembu berharga RM450 dengan gaji pertamanya RM750 untuk diternak dan dibiakkanBeliau membeli seekor lembu pada setiap bulan sehinggalah beliau mencapai usia 18 tahun.

Pekerja Saipol sedang membersihkan seekor lembu.“Sejak itu, setiap kali dapat gaji bulanan saya akan beli seekor anak lembu. Hasilnya, pada usia 18 tahun saya berjaya memiliki 300 ekor lembu.“Sepanjang tempoh itu, saya dengan bantuan ayah (Zainuddin Mat Yatim, 69,) menternak dan menjual lembu kepada penduduk kampung.“Duit yang saya dapat hasil jualan lembu saya simpan kerana impian saya untuk memiliki ladang ternakan sendiri,” katanya lagi.

Kejayaannya itu membolehkan beliau menerima Anugerah Peladang Jaya Peringkat Kebangsaan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2015Saipol kini sudah berumah tangga dan memiliki lima cahaya mata dan sehingga sekarang beliau mempunyai 700 ekor lembu, 150 ekor kambing dan 30 ekor kerbau.

Beliau dianggap sebagai jutawan lembu kerana berjaya memperoleh pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan tahun lalu terutama menjelang Aidiladha.Beliau mula menjual lembu secara serius pada usia 19 tahun. Malah, Saipol juga sudah memiliki kenderaan dan rumah sendiri pada waktu itu sebelum mendirikan rumah tangga.

Saipol memberi rumput kepada ternakannya.“Saya kemudian buat pinjaman dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebanyak RM100,000 melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat bagi mengembangkan perniagaan.“LPP dan PPK Kuala Langat juga banyak membantu saya dari segi pasaran dan promosi ke seluruh negara.

Selain itu, jualan juga dilakukan melalui media sosial seperti WhatsApps dan Facebook,” kata Saipol.Tambahnya lagi, selepas beberapa tahun mengumpul wang hasil jualan lembu, beliau membeli tanah seluas lebih 0.8 hektar untuk menempatkan ternakannya.Beliau akan pastikan ternakan sihat dan tidak berpenyakit sebelum dijual kerana tidak mahu pelanggan menghadapi masalah dan dalam masa yang sama, beliau menawarkan kursus ternakan kepada golongan muda yang berminat.

sumber –  Mangga Hijau

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *