Foto- Sekali Lafaz Shila Amzah Sah Bergelar Isteri Orang Dan Sekitar Majlis Yang Berlangsung Tadi- Sungguh Cantik

Tahniah buat penyanyi Shila Amzah kerana telah sah bergelar isteri kepada Haris Idraki Elias dengan sekali lafaz, kira-kira jam 6.25 petang tadi.

Melalui gambar yang dimuatnaik, rata-rata peminat penyanyi ini memuji keayuan pengantin di hari yang cukup istimewa dan bermakna ini. Antara rakan selebriti yang turut hadir ialah Fara Fauzana, Jihan Muse dan juga Zara Zya.

Menurut Shila dia masih belum menetapkan sebarang tarikh resepsi lagi dan akan berkongsikannya kelak. Sebelum ini, Shila dan Haris Idraki telah selamat bertunang pada November lalu di kediaman keluarganya.

Suami Shila, Haris bekerja dalam sektor kewangan di kota London dan dia juga pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015. Apa pun, semoga ikatan yang terjalin ini akan kekal hingga ke Jannah.

DENGAN sekali lafaz, penyanyi Shila Amzah sah bergelar isteri.

Majlis pernikahan bertemakan ‘indoor garden’ itu berlangsung di kediaman Shila di Cheras sekitar jam 6 petang hari ini.

Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah selamat diijabkabulkan dengan Haris atau nama penuh, Haris Idraki Elias oleh Ustaz Helmi Saadon dari Jabatan Agama Islam Selangor.

sumber – Roti kaya

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *