Fizo Dan Mawar Belum Sedia Dedah Cahaya Mata. Tahniah Fizo Dan Mawar

Pelakon Fizo Omar, 32, dan isterinya Mawar Abdul Karim, 28, mengakui belum bersedia mendedahkan wajah bayi perempuan mereka yang dilahirkan pada jam 4.01 petang semalam.

Fizo bagaimanapun mengakui sudah mempunyai beberapa nama yang sesuai tetapi belum membuat sebarang keputusan muktamad berkenaan perkara ini.

Pertamanya saya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kami. Atas nasihat doktor, Mawar bersalin secara pembedahan kerana ada masalah ketumbuhan dalam rahim sebelum ini.

Kami sengaja memilih pembedahan pada tarikh ini kerana kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Kandungan Mawar juga sudah lebih 37 minggu dan sesuai untuk pembedahan,” kata Fizo kepada Harian Metro.

Fizo berkata, penantian selama empat tahun dirasakan amat bermakna dengan kehadiran bayi sulungnya dan dia akan menyelesaikan beberapa perkara sebelum berkongsi wajahnya kepada peminat.

Buat masa ini saya belum sedia mempamerkan wajah anak kami dan ia mungkin dilakukan selepas majlis cukur jambul nanti.

Keutamaan diberikan kepada keluarga terdekat untuk melihat wajah bayi kami dan saya harap peminat bersabar menunggu saatnya,” katanya.

Menurutnya lagi, dia juga tidak bercadang mewujudkan akaun Instagram untuk bayi mereka tetapi akan membuka akaun simpanan dan pelaburan untuk masa depan.

Saya akan buka banyak akaun yang berbentuk simpanan wang. Kalau boleh saya nak sasarkan pada umur 20 tahun, anak kami sudah bergelar jutawan.

Hasrat ini bukanlah angan-angan kosong kerana setiap keluarga perlu merancang masa depan anak-anak. Ia bukan kerana kami mampu tetapi kita kena konsisten menyimpan atau melabur untuk anak,” katanya.

Dalam pada itu, Fizo memberitahu mereka juga terbabit dengan rakaman program khas yang dibuat sejak awal Mawar mengandung untuk siaran sebuah stesen TV.

Program ini memaparkan proses awal kehamilan Mawar dan cara-cara dia berinteraksi dengan bayi kami ketika dalam perut dan sehinggalah dia melahirkan anak.

“Serentak dengan itu, syarikat saya

Fizo Omar Creative turut menghasilkan program seakan sama yang akan disiarkan menerusi YouTube. Tayangan program ini akan berjalan serentak bermula awal Februari tahun depan,” katanya.

Program ini memaparkan pelbagai tip seperti tip kehamilan dan menjana kewangan serta menampilkan tokoh pakar perbidanan dan sakit puan terkenal, Dr Hamid Arshat dan pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *