Fattah Amin Kayu Yang Bernilai Tinggi- Pengarah

Pengarah dan penerbit Zeel Production iaitu Fadzil Teh mengakui tersentuh apabila menonton filem KL Special Force lakonan terbaharu Fattah Amin.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fadzil atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel menjelaskan dia terkejut dengan kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh Fattah dalam membawa watak sebagai anggota polis.”Saya menangis bukan sebab Liza Dollah bukan jugak sebab Rosyam Noor atau Syamsul Yusof.

Saya menangis sebab bangkitnya Fattah Amin sebagai hero baru filem melayu.

“Dia kayu yang dikatakan ramai insan seni jugak tapi bagi saya dia kayu yang bernilai tinggi.

Tahniah Fattah Amin lakonan hebat yang memberi impak besar dalam filem KL Special Force,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Fadzil Teh bersetuju dan mereka turut memuji lakonan Fattah Amin yang dianggap semakin berkualiti berbanding dahulu.

Selain Fattah Amin, filem bercorak kepolisan ini turut dibintagi Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Puteri Balqis, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Ramona Zamzam, Shaharudin Tambi, Esma Danial dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem KL Special Force di pawagam seluruh sekarang

Sumber : gempak.com

Gerakan Boikot : KL Special Force Berdepan Satu Kontroversi Yang Mengejutkan!

Baru dua hari ditayangkan, filem ketujuh arahan Syafiq Yusof, KL Special Force berdepan satu kontroversi yang mengejutkan.

Ini berikutan tindakan sebuah page di laman sosial Facebook yang mengajak orang ramai untuk memboikot filem tersebut, hanya disebabkan tidak berpuas hati dengan salah seorang penerbit filem berkenaan.

Syafiq menerusi kenyataannya kepada Sinar Harian berkata, Skop Productions dan Viper Studios telah menghasilkan pelbagai jenis filem dengan pelbagai rakan kongsi yang berbeza.

Bagi filem KL Special Force, saya menerima pelaburan mengikut proses undang-undang dari syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Pihak kami juga mengenal pasti bahawa pihak rakan kongsi tidak disabitkan apa-apa kesalahan dari segi perundangan Malaysia.

“Maka sebab itulah kami menerima pelaburan usahasama dari pihak Damofa Productions melalui proses perjanjian hitam putih yang sah dari segi undang-undang,” katanya.

Tambah Syafiq, sekiranya ada pihak bermasalah dengan Damofa Productions, seeloknya membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan.

Tidak adil untuk memboikot filem saya yang saya usahakan dengan bersungguh-sungguh tanpa melanggar apa-apa undang-undang negara ini,” akhirinya.

Bagaimanapun tinjauan terkini Sinar Harian mendapati page tersebut telah pun dipadamkan. – SL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *