Ekslusif- Inilah Wajah Sebenar Anak Perempuan Dato Siti- Sungguh Comel. Mesti Netizen Tak sangka

Dato siti nurhaliza membuat pengumuman secara LIVE melalui panggilan video daripada MELODI yang bertanyakan persediaan dato siti ketika ini.

Dato siti nurhaliza mengakui debaran kian terasa dan hari ini akan ke hospital (tidak dinyatakan) untuk melahirkan Puteri Sulungnya si Pipi Merah .

Dato siti nurhaliza juga memaklumkan nama anak mereka akan di umumkan 7 hari seleps kelahiranya, menjawab pertanyaan Melodi dan tetamu yang ingin melawat cahaya mata sulungnya, dato siti memohon sedikit masa diberikan untuknya selepas bersalin kerana perlu menyesuaikan diri dengan alam baru.

Saya mohon agar sedikit masa diberi, kerana ini merupakan pengalaman pertama saya, yang mana saye perlu menjaga diri ketika berpantang selepas melahirkan, serta menyusukan bayi dan mungkin akan berjaga malam juga nanti” komen dato siti ketika di tanya. Namun dato siti memberitahu kakak ipar nya rozi akan membuat makluman di IG masa yg sesuai utk melawatnya kelak.

Dato siti juga sempat menyayikan serangkap lagu barunya si pipi merah menunaikan permintaan team Melodi dan peminatnya.

mari kita sama-sama doakan agar dato siti selamat melahirkan puteri sulungya dan bayinya sihat. Amin

KUALA LUMPUR: Suami Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, menafikan bayi dipangku isterinya seperti dalam gambar yang tersebar di media sosial adalah anak dilahirkan penyanyi terkenal itu, pagi tadi.

Justeru, Khalid, 59, atau lebih dikenali sebagai Datuk K meminta semua pihak menghentikan penyebaran gambar yang disifatkan sebagai palsu itu.

“Bayi dalam gambar yang tersebar itu bukan anak kami. Jadi, saya berharap gambar itu tidak lagi disebarkan kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.

“Seperti saya katakan sebelum ini, apabila tiba masanya nanti, saya akan tampilkan wajah anak saya dan mengumumkan nama sebenarnya kepada semua,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, ahli korporat itu turut memaklumkan, nama sebenar anaknya hanya akan diumumkan selepas seminggu si kecil dilahirkan, dalam sebuah majlis khas.

Buat sementara waktu, bayi berkenaan dipanggil Fatimah Az-Zahra, sempena nama anakanda Nabi Muhammad.

Bayi perempuan seberat 3.55 kilogram terbabit dilahirkan Siti secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, jam 8.17 pagi.

PENGURUS penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak menyelar tindakan segelintir pihak menularkan gambar Siti bersama seorang bayi.

Menurut Rozi, berikutan tersebarnya gambar itu ramai beranggapan bayi terbabit adalah puteri sulung Siti yang dilahirkan pagi tadi, hari ini.

“Jangan percaya apa yang tersebar. Seperti semua sedia maklum, Siti dan suami akan berkongsi wajah dan nama penuh anak mereka selepas tujuh hari kelahiran.

“Selagi gambar itu bukan daripada Siti, ia tidak sahih,” katanya kepada Harian Metro.

Rozi berkata, kewujudan pihak menggunakan nama Siti untuk menyebarkan berita palsu bukanlah perkara baru.

“Saya tak faham apa tujuan sebenar pihak terbabit. Kalau boleh berhentilah mengelirukan orang lain. Jangan hanya kerana gambar berkenaan, semua orang terpedaya,” katanya.

Sementara itu, Rozi ketika dihubungi Harian Metro menerusi program Sembang Sembang Comel Pipi Merah berkongsi wajah anak Siti serupa dengannya.

Malah, Rozi berkata Siti masih dalam pemantaun rapi kerana bersalin secara pembedahan.

“Alhamdulillah, keadaan anak Siti sangat baik. Wajahnya mirip Siti dan sangat comel. Siti sudah menyusukan anak. Saya dan ahli keluarga lain dapat melihat bayi di tempat jagaan bayi.

“Bercakap mengenai keadaan Siti, dia menjalani pemerhatian khusus daripada doktor kerana bersalin secara pembedahan. Ini prosedur biasa, jadi kami perlu hormati. Doakan semoga semuanya dalam keadaan baik,” katanya.

Ini Sebenarnya Wajah Puteri Kesayangan Tersebut…Comel kn? Ada mirip Dato Siti…Namun hanya ada satu gambar ini sahaja yang admin nampak..Alahaii comel sangat..

Nak buat macam manakan…Nama pon penyanyi number 1 Malaysia serta orang yang berpengaruh, mestilah para peminat tak sabar nak melihat wajah comel sang puteri…Admin harap baby comel ini membesar dengan sihat dah berbakti kepada orang tuanya..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *