Dukun-Saya Takut Tatap Mata Umie Aida- Lakonan Mantap Umie Aida Berkesan

Penyanyi dan pelakon Elyana mengakui dirinya takut untuk menatap mata aktres Datin Seri Umie Aida.

Membintangi filem Dukun yang diperam selama 12 tahun, Elyana menjalani latihan lakonan bersama Umie sebelum masuk ke set penggambaran.

Sebelum masuk ke lokasi, saya mempunyai latihan lakonan bersama Umie dahulu. Sejujurnya, saya takut dengan Umie. Menatap matanya sudah membuat saya gementar.

Dia merupakan antara idola yang saya kagumi dalam bidang lakonan. Apabila berdamping dengan Umie, saya dapat merasakan dirinya mempunyai aura tersendiri,” kata Elyana.

Hampir sebulan berlatih dengan Umie, penyanyi lagu Diriku Tapak Sulaiman ini dapat mengatasi perasaan gementar yang dihadapi olehnya.

“Akhirnya, saya dapat atasi rasa gugup dan menimba banyak ilmu dengan Umie. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan selepas 12 tahun, filem ini ditayangkan juga dipawagam,” katanya lagi.

Selain Elyana dan Umie, filem arahan Dain Said ini turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Faizal Hussien, Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan dan Hasnul Rahmat.

Buat semua peminat filem tempatan yang ingin tahu kesudahannya, jangan lupa saksikan keseluruhan filem Dukun di pawagam sekarang dalam versi siaran yang lebih baik serta sistem bunyi yang berkualiti!

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber : Gempak

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *