Datuk Seri Abu Hassan Din al-Hafiz Pula Diharamkan Memberi Ceramah Di Johor

Jika dulu, Ustaz Haslin dan Ustaz Menik dilarang berceramah di Johor sekarang giliran Datuk Seri Abu Hassan Din al Hafiz pula dilarang menyampaikan ILMU di Johor.

Dipetik di FB Ustaz Ahmad Fairoz Daud

Dengan ini dukacita dimaklumkan, yang saya kasihi ayahanda Datuk Seri Abu Hassan Din al-Hafiz sudah disenarai hitam daripada memasuki negeri Johor menyampaikan pengajiannya.

Kami menerima khabar ini beberapa minggu lalu tetapi merasakan mungkin ada kesilapan namun setelah mendapat maklumat daripada sumber terpercaya maka sohihlah berita ini. Tak larat nak tabayyun dah bang….

Lagi pula sudah beberapa program melibatkan beliau terpaksa dibatalkan minggu ini. Alasannya? Sebaiknya bertanya pihak yang lebih berautoriti.

Saya memaklumkan di sini bukan kerana mahu mencipta kekecohan namun agar semua yang sudah menjemput dan hubungi saya untuk menjemput al Fadhil Datuk Seri bolehlah siap2 mencari pengganti yang diredhai pihak berwajib.

Moga ALLAH rahmati kita semua.

Ahmad Fairoz Daud

Sebagus mana kita menilai dan mengadili seseorang, akan tiba masa kita juga akan diadili oleh Yang Maha Adil.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *