“Buat Ibu mertuaku – Terima kasih juga kerana melahirkan Azrene- Ucapan Datuk Fazley Kepada Datin Rosmah Sempena Hari Ibu

Biarpun pelbagai kontroversi dan persengketaan wujud dalam keluarga Datuk Fazley Yaakob dan Datin Seri Rosmah Mansor, iaitu ibu kepada isterinya, Datin Azrene, namun isteri kepada bekas perdana menteri itu tetap dikenang pada Hari Ibu.

Sebelum itu, ucapan tersebut ditujukan kepada ibu dan isteri beliau yang bersamanya sepanjang 13 tahun berumahtangga walaupun diduga dengan 10 kali keguguran.

“Happy Mothers day buat semua yang bergelar Ibu, Umi, Mama, Mommy, Emak! Selamat Hari Ibu buat 3 insan yang bergelar ibu ini: Ibu saya, Ibu kepada anak-anak saya dan Ibu mertua saya,” tulisnya di rangkap pertama muat naik Instagram miliknya.

Buat isterinya, Fazley menyampaikan penghargaan atas kekuatannya bersabung nyawa demi 4 orang anak-anak mereka.

Kemudian, Fazley turut memetik nama Rosmah, ibu mertuanya.

“Buat Ibu mertuaku – Terima kasih juga kerana melahirkan Azrene yang kini menjadi ibu kepada anak-anak saya.

Segala usaha yang dilakukan oleh mu untuk membesarkan Azrene tetap dihargai. Doa saya buatmu tak pernah putus sepanjang 13 tahun ini, agar hidupmu diberkati dan diberikan ketenangan. Walau apa pun yang telah berlaku, hubungan anak dan seorang ibu takkan pernah putus. Insyaallah moga kita bertemu jua di satu hari nanti! Happy Mothers Day!,” tulisnya.

Fazley turut sertakan gambar kolaj beliau bersama isteri dan ibunya selain gambar tunggal Rosmah di tengah-tengah.

Posting tersebut yang menerima reaksi bercampur daripada netizen dan disukai hampir 56,000 kali.

sumber: ohmatakucing

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *